by Oh! Semput
Aplikasi kerajaan MyGOV baru-baru ini nampaknya telah dikemaskini dengan fungsi AI Chatbot baharu, yang mana ia boleh digunakan untuk menyemak pelbagai jenis butiran antara jabatan sekiranya anda memerlukan akses kepada sesuatu butiran dengan kadar yang cepat.

Untuk menggunakan fungsi Chatbot ini anda akan perlu mengemaskini aplikasi MyGOV kepada versi yang terbaru, dan kemudiannya melog masuk kedalam aplikasi tersebut. pintasan AI Chat akan diperlihatkan di bahagian bawah aplikasi tersebut, dan mengetiknya akan membawa anda masuk ke menu perkhidmatan chat tersebut.


Di sini, anda boleh menanyakan perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh disemak oleh chatbot ini, dan ia boleh menyemak butiran anda melalui pelbagai jenis agensi dan jabatan kerajaan, seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan lain-lain.


Anda juga boleh menanya pelbagai soalan lazim kepada AI Chatbot ini, tetapi dalam beberapa ketika saya mencuba ciri ini, saya dapati terdapat maklumat yang masih belum dikemaskini walaupun jawapan diberikan, manakala beberapa pertanyaan lazim tidak dapat dijawab langsung.
Sebarang pertanyaan yang boleh dijawab oleh chatbot ini nampaknya menggunakan konteks butiran data anda sendiri, jadi jika anda mahukan penyenaraian ringkas tentang maklumat seperti butiran kad pengenalan, pasport, lesen memandu, saman kenderaan dan banyak lagi. Jika anda sudah memasang aplikasi MyGOV pada peranti pintar anda, anda boleh mencubanya sekarang.