by Oh! Semput
Sebelum ini, aktivis politik dan pereka grafik Fahmi Reza menjadi tanda tanya apabila dilaporkan tidak lagi aktif di platform media sosial yang sering menjadi medan karya satira dan kritikannya.
Namun, berdasarkan foto terbaharu yang dikongsikan, Fahmi dilihat masih aktif menjalankan kegiatan sebagai aktivis apabila muncul dalam sebuah sesi perkongsian bersama orang ramai.

Malah, dia kelihatan bertenaga ketika memegang mikrofon dan berkongsi pandangan dalam program berkenaan.
Kemunculan tersebut sekali gus menunjukkan Fahmi masih meneruskan aktivitinya meskipun tidak seaktif dahulu di media sosial.
Dia sebelum ini mengumumkan persaraan daripada lapangan satira politik kerana inigin memberi peluang kepada generasi baharu mengeluarkan pendapat dalam bidang politik negara.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Menghilang Tanpa Jejak, Ini Keadaan Terkini Aktivis Fahmi Reza – “Pensel Kena Rampas Ke?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.