Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) Maklumkan Tiga Kawasan Di Kelantan, Pahang & Sarawak Tahap Berjaga-Jaga Akibat Cuaca Panas

by Oh! Semput


5
SHARES
62
VIEWS
Posted on 09 Aug 2026 16:31:55

PETALING JAYA: Lima kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak kini berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) susulan keadaan cuaca panas.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan tiga kawasan di Semenanjung yang berada pada tahap berkenaan ialah Machang dan Gua Musang di Kelantan serta Maran, Pahang.

“Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya, hari ini.

Sementara itu, dua kawasan di Sarawak turut berada pada Tahap 1 iaitu Sri Aman dan Lubok Antu.

MetMalaysia turut menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian menerusi laman rasmi jabatan berkenaan. #KOSMO!

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts