Aplikasi Shopee Kini Ada ‘Migoo AI’ – Carian Produk, Semakan Pesanan Lebih Mudah Melalui Perbualan

by Oh! Semput


2
SHARES
32
VIEWS
Posted on 04 Nov 2026 07:30:12

Shopee kini dilihat mula mengintegrasikan pembantu AI Migoo dalam aplikasinya bagi memudahkan pengguna mendapatkan cadangan produk, membuat perbandingan serta mengakses fungsi lain dalam platform tersebut.

Untuk menggunakan pembantu membeli-belah AI ini, pengguna terlebih dahulu perlu menghubungkan akaun Migoo dengan akaun Shopee.

Shopee Migoo AI_1

Setelah itu, carian produk boleh dilakukan menerusi arahan berbentuk perbualan dengan menyatakan keperluan masing-masing. Migoo kemudiannya akan memberikan cadangan produk berserta penerangan dan maklumat berkaitan.

Selain carian dan cadangan produk, Migoo turut menyediakan beberapa pintasan kepada fungsi Shopee seperti Shopping, Deals, Inbox dan Orders pada bahagian bawah ruang perbualan.

Shopee Migoo AI_4

Menerusi pintasan Inbox, Migoo boleh membantu mengurus mesej dalam peti masuk. Antara arahan yang disediakan termasuk merumuskan balasan penjual dan mencari mesej yang belum dibaca.

Sementara itu, pintasan Orders menyediakan beberapa pilihan berkaitan pesanan, termasuk menjejak penghantaran bungkusan, menyemak pesanan yang belum dihantar pada hari tersebut, menyenaraikan pesanan yang dijangka tiba pada hari sama serta mencari produk yang pernah dibeli untuk dibeli semula.

Migoo turut menyediakan beberapa ciri tambahan menerusi menu tetapan, termasuk Skills, Auto-task, Connectors, Cloud Browser dan Memory.

Shopee Migoo AI_3

Setakat ini, belum jelas bila Migoo akan tersedia kepada semua pengguna Shopee. Namun, ciri ini menawarkan satu lagi cara yang lebih mudah untuk menggunakan Shopee. Pengguna boleh mencari produk, menyemak mesej dan mendapatkan maklumat pesanan hanya melalui arahan perbualan, tanpa perlu mencari atau menyemak setiap bahagian aplikasi secara manual.

{suggest}

Aplikasi Shopee Kini Ada ‘Migoo AI’ – Carian Produk, Semakan Pesanan Lebih Mudah Melalui Perbualan WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts