Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026

by Oh! Semput


5
SHARES
70
VIEWS
Posted on 03 Nov 2026 07:30:10

Platform penanda aras AnTuTu telah mengemas kini senarai prestasi telefon pintar global bagi Oktober 2026 yang memperlihatkan persaingan sengit dalam segmen premium.

Hampir keseluruhan kedudukan tertinggi didominasi cip Snapdragon 8 Elite generasi baharu, dengan HONOR muncul sebagai peneraju keseluruhan.

Malah menerusi model HONOR Magic9 Pro Max, dinobat sebagai telefon Android paling berkuasa dalam ranking dengan mencatat skor lebih daripada 4.53 juta mata.

HONOR Magic9 Pro Max
HONOR Magic9 Pro Max dipacu oleh cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 serta prestasi GPU yang sangat tinggi.

Tempat kedua menjadi milik Red Magic 11 Pro dengan skor 4.33 juta mata, menjadikannya antara pilihan terbaik peranti permainan mudah alih dengan prestasi tinggi.

Di kedudukan ketiga pula ialah POCO F9 Ultra yang mencatat 3.98 juta mata, membuktikan siri POCO terus menawarkan peranti berprestasi pada harga kompetitif.

redmagic 11 pro POCO F9 Ultra_1080x1350

iQOO 15 pula berada di tangga keempat dengan 3.89 juta mata, diikuti rapat HONOR WIN di tempat kelima dengan 3.88 juta mata.

Perbezaaan mata yang tidak jauh berbeza dalam ranking AnTuTu ini sekali gus menunjukkan kedua-dua peranti tersebut menawarkan prestasi yang hampir seimbang dalam aspek prestasi CPU, grafik, memori dan pengalaman pengguna.

Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
10 telefon pintar Android paling berkuasa dalam ranking AnTuTu setakat Oktober 2026.

Jenama lain termasuklah Xiaomi, POCO, OPPO dan OnePlus terus memberi saingan sengit, manakala Samsung masih kekal dalam kelompok 10 terbaik menerusi Galaxy S26 Ultra.

Secara keseluruhan, ranking AnTuTu terbaru ini menunjukkan penguasaan cip Snapdragon dalam pasaran telefon premium.

{suggest}

Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts