Nahas Pesawat Florida: Detik Cemas Sebelum Terhempas, 9 Penumpang Terkorban – “Kami Sudah Kehabisan Masa”

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 03 Nov 2026 03:00:55

Sebuah pesawat peribadi jenis Learjet 60 dilaporkan terhempas dan meletup di Florida, Amerika Syarikat pada Ahad, mengorbankan sembilan individu yang berada di dalam pesawat berkenaan.

Antara mangsa yang terkorban ialah seorang pembantu juruterbang berusia 20 tahun, Nathalia Filgueiras, yang pernah memperoleh lesen juruterbang ketika berusia 17 tahun.

Advertisement

Nathalia Filgueiras, pembantu juruterbang berusia 20 tahun yang terkorban dalam nahas jet di Florida, bergambar di dalam kokpit pesawat sambil memegang dokumen penerbangan.

Pesawat Alami Gangguan Ais Dan Pergolakan Udara

Menurut Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB), siasatan kini memberi tumpuan kepada kemungkinan pembentukan ais dan keadaan pergolakan udara (turbulence) menyumbang kepada nahas tersebut, selain faktor kesilapan manusia.

Difahamkan, kru pesawat sempat memaklumkan kepada menara kawalan trafik udara bahawa mereka berdepan hujan, keadaan berais dan pergolakan udara sederhana sejurus selepas berlepas.

Mereka turut meminta kebenaran untuk menaikkan pesawat ke ketinggian 37,000 kaki.

Bagaimanapun, kurang 30 saat kemudian, pesawat mula kehilangan altitud sebelum kru mengeluarkan panggilan kecemasan Mayday.

“Kami Sudah Kehabisan Masa” – Komunikasi Terakhir Dari Kokpit

Lebih memilukan, rakaman komunikasi trafik udara merekodkan kru memaklumkan pesawat berada dalam keadaan overspeed dan menurun pada kadar kira-kira 20,000 kaki seminit.

Kira-kira 35 saat selepas panggilan kecemasan pertama, mesej terakhir yang direkodkan dari kokpit berbunyi, “Kami sudah kehabisan masa.”

Infografik menunjukkan laluan penerbangan jet peribadi yang merentasi kawasan ribut sebelum terhempas di Florida, Amerika Syarikat, lengkap dengan lokasi nahas serta graf perubahan altitud dan kelajuan pesawat.
Pesawat itu kemudiannya menjunam sebelum terhempas di kawasan perumahan berhampiran Cresthaven, kira-kira 14 kilometer dari resort Mar-a-Lago milik Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

upan tersebut mengakibatkan kawah besar terbentuk di tengah jalan, manakala serpihan pesawat dilaporkan bertaburan di kawasan padang sukan, premis perniagaan dan kediaman berhampiran.

Seorang individu yang berada di darat turut mengalami kecederaan pada bahagian kaki.

Siasatan Nahas Masih Dijalankan

Setakat ini, identiti lapan lagi mangsa yang berada di dalam pesawat masih belum didedahkan pihak berkuasa.

NTSB kini sedang menyiasat punca sebenar kejadian dengan kerjasama Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), pengeluar pesawat Learjet serta pakar meteorologi dan kawalan trafik udara.

Penyiasat turut meneliti sama ada pesawat dilengkapi perakam suara kokpit dan sama ada peralatan itu berjaya ditemukan semula.

Proses mengenal pasti punca sebenar nahas dijangka mengambil masa yang panjang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pengasas BananaBro dan Boat Noodle, Tony Lim, dalam gambar hitam putih dengan latar belakang restoran kedua-dua jenama tersebut.
2026-11-02 16:00:12

"Your Legacy Will Live On" - Pengasas BananaBro & Boat Noodle, Tony Lim Meninggal Dunia

Nahas Pesawat Florida: Detik Cemas Sebelum Terhempas, 9 Penumpang Terkorban – “Kami Sudah Kehabisan Masa” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts