by Oh! Semput
Apple kini dilaporkan telah mula memaklumkan pengeluar komponen untuk iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max, untuk mengurangkan pengeluaran. Perkara ini dilihat mungkin disebabkan oleh permintaan yang agak rendah berbanding sebelum ini.

Salah satu sebabnya juga diliht adalah disebabkan peningkatan harga cip yang turut membawa kepada peningkatan harga peranti, dan membuatkan permintaan menjadi berkurangan. Mengikut laporan, Apple telah meminta pengurangan pengeluaran komponen sehingga sekurang-kurangnya 15% berbanding sasaran awal.
Permintaan dalam kalangan juga dikatakan sedikit perlahan sejak Ogos sehingga Oktober ini. Ia tidak diketahui sama ada pengguna menangguhkan pembelian iPhone 18 Pro dan Pro Max disebabkan menantikan membeli iPhone Duo yang akan hadir pada Oktober ini atau sememangnya ramai menangguhkan pembelian peranti disebabkan persekitaran ekonomi.