Apple Dilaporkan Membuang Ratusan Pekerja Melibatkan Bahagian Vision Pro

by Oh! Semput


5
SHARES
59
VIEWS
Posted on 22 Aug 2026 10:30:51

Apple kini dilaporkan telah membuang lebih 200 pekerja, dengan hampir 100 melibatkan bahagian Apple Vision Pro – bahagian yang memfokuskan kepada peranti realiti-maya oleh Apple. Disamping itu, antara bahagian lain yang terlibat adalah bahagian Siri dan juga kejuruteraan perisian.

Mengikut Bloomberg, pembuangan pekerja pada bahagian Vision Pro dikatakan memfokuskan kepada pasukan melibatkan permainan video. Disamping itu, ia turut diperkatakan Apple mengurangkan ahli pasukan memfokuskan kepada video untuk Apple Vision Pro.

Walaubagaimanapun, ia kekal ditekankan yang mana pembangunan Vision Pro dan visionOS masih akan diteruskan. Sebelum ini, Apple telah memperkenalkan set realiti-maya Vision Pro pada Februari 2024, dan ditawarkan secara terhad di beberapa buah pasaran sahaja. Penerimaan dan penggunaannya masih terhad buat masa ini, dan ada beberapa ulasan awal turut tidak begitu menyukai set kepala berkenaan.

Selain set kepala realiti-maya, Apple turut dikatakan sedang membangunkan kaca mata pintar mereka. Namun, tidak diketahui ia akan diposisikan dibawah siri Vision, atau akan diberikan penjenamaan baharu. Pada hari ini, Meta menerajui pasaran kaca mata pintar, dengan pelbagai jenama lain kini turut berlumba ke arena berkenaan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts