Apple iPhone Duo Kini Boleh Dipra-tempah Di Malaysia – Harga Bermula RM9,499

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 16 Oct 2026 14:01:03

Apple kini telah membuka pra-tempahan untuk iPhone Duo di Malaysia, iaitu telefon pintar boleh-lipat pertama oleh Apple. Telefon boleh-lipat ini akan dijual secara rasminya bermula 23 Oktober 2026, iaitu minggu hadapan, tetapi anda sudah boleh melakukan pra-tempahan melalui laman rasmi Apple hari ini.

Apple iPhone Duo hadir dengan rekaan boleh-lipat dan dibuka seumpama buku, dengan bahagian bucu yang sedikit membulat. Skrin luaran peranti ini adalah 5.4-inci, dan ia menjadi skrin bersaiz 7.6-inci apabila dibuka. Telefon ini dikuasakan cip A20 Pro, dan hadir dengan sokongan Touch ID pada bahagian tepi untuk pengesahan biometrik. Untuk rakaman gambar, iPhone Duo menggunakan dwi-kamera 48-megapixel di belakang.

Salah satu kelebihan iPhone Duo berbanding telefon boleh-lipat lain di pasaran adalah integrasi sistem operasi yang lebih menyeluruh, membolehkan antaramuka yang ditawarkan sangat dioptimasikan. Sejumlah aplikasi yang dioptimasikan untuk peranti boleh-lipat juga dijangka diperkenalkan bersama-sama dengan pelancaran peranti ini.

Di Malaysia, sebanyak empat variasi model ditawarkan dibawah iPhone Duo, iaitu bermula dengan storan 256GB pada harga RM9,499, sehingga storan 2TB pada harga RM15,499.

  • Apple iPhone Duo (256GB) – RM 9,499
  • Apple iPhone Duo (512GB) – RM 10,499
  • Apple iPhone Duo (1000GB) – RM 12,499
  • Apple iPhone Duo (2000GB) – RM 15,499

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts