CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum Baharu Daripada MCMC

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 15 Oct 2026 14:30:21

CelcomDigi dan Maxis menerima penganugerahan spektrum baharu daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), melibatkan jalur frekuensi 900MHz dan 2600MHz bagi menyokong keperluan rangkaian mudah alih di Malaysia.

MCMC memaklumkan CelcomDigi Telecommunications Sdn Bhd (CDTel) dan Maxis Broadband Sdn Bhd dipilih sebagai pemohon berjaya bagi lot spektrum berkenaan menerusi kaedah lelongan, selaras dengan ketetapan dalam Pakej Maklumat Pemohon No. 1 Tahun 2026 (AIP) yang dikeluarkan oleh MCMC pada 14 Ogos 2026.

Dalam kenyataan berasingan, CelcomDigi Berhad memaklumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, CDTel, telah menerima terma dan syarat yang ditetapkan dalam Notis Penganugerahan MCMC bagi spektrum 2x20MHz dalam jalur frekuensi 2600MHz dan 2x5MHz pada jalur 900MHz.

CelcomDigi turut mengesahkan bayaran penuh sebanyak RM381.75 juta telah dibuat pada 15 Oktober 2026, dengan tempoh penetapan spektrum selama empat tahun bagi jalur 2600MHz dan lima tahun bagi jalur 900MHz.

Sementara itu, Maxis pula berkata pihaknya menerima penganugerahan spektrum tambahan 2x10MHz dalam jalur frekuensi 2600MHz untuk tempoh empat tahun. Penetapan ini melibatkan bayaran pendahuluan berjumlah RM203 juta serta komponen bayaran tahunan berjumlah RM84 juta sepanjang tempoh tersebut.

Menurut MCMC, pengeluaran penganugerahan spektrum kepada kedua-dua syarikat adalah tertakluk pada pematuhan syarat dan keperluan yang ditetapkan. Proses ini juga merupakan langkah berterusan MCMC untuk menggalakkan penggunaan spektrum secara cekap, selain menyokong penambahbaikan perkhidmatan mudah alih 4G sedia ada.

{suggest}

CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum Baharu Daripada MCMC WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts