Apple HomeView Ialah Peranti Apple Pertama Mempunyai Pengecaman Wajah Bukan 3D

by Oh! Semput


5
SHARES
60
VIEWS
Posted on 14 Oct 2026 03:30:28

Sistem pengecaman Face ID diperkenalkan menerusi iPhone X pada tahun 2017 dengan ia menggabungkan kamera dan sistem imbasan wajah 3D. Menerusi gabungan dua sensor ini, Apple mengatakan sistem pengecaman wajah yang lebih selamat dihasilkan kerana ia tidak boleh dipintas dengan gambar 3D. Sistem imbasan wajah 2D seperti pada peranti Android tidak disokong Apple hinggalah HomeView dilancarkan awal pagi tadi.

Apple HomeView mempunyai sistem pengecasan wajah yang hanya memerlukan kamera 12MP Cente rStage untuk berfungsi. Tiada sensor 3D disertakan. Dengan pengecaman wajah, HomeView membolehkan profil pengguna berbeza diakses menerusi skrin pintar.

Sehingga 6 pengguna boleh menggunakan HomeView. Dengan ini melakukan panggilan telefon, melihat emel, menjawab emel dan mengakses maklumat peribadi berbeza boleh dilakukan daripada satu HomeView sahaja di rumah.

Dalam jawapan yang diberikan kepada 9to5Mac, sistem imbasan 3D tidak diberikan kepada HomeView ialah kerana ia peranti di rumah yang tidak memerlukan sistem sekuriti yang lebih ketat berbanding pada iPhone.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts