Google Umum Ciri Keselamatan Baharu Untuk Pengguna Android Tangani Scammer

by Oh! Semput


5
SHARES
66
VIEWS
Posted on 15 Oct 2026 04:00:11

Google memperkenalkan beberapa ciri keselamatan baharu pada Android bagi melindungi pengguna daripada taktik penipuan yang semakin canggih dengan memperkenalkan perlindungan berlapis pada Google Messages dan aplikasi pemesejan pihak ketiga untuk memastikan keselamatan anda.

Melalui mod Enhanced Protection dalam Google Messages, syarikat itu menggunakan model AI Gemini untuk mengesan mesej dan aktiviti yang berpotensi berbahaya.

Analisis dilakukan menggunakan teknologi Private AI Compute yang direka untuk memproses data secara selamat tanpa mendedahkan kandungan pengguna kepada Google sendiri.

Google Umum Ciri Keselamatan Baharu Untuk Pengguna Android Tangani Scammer
Tetapan keselamatan membantu pengguna Android kekal lebih selamat daripada ancaman penipuan yang kompleks.

Selain itu, Android turut menawarkan perlindungan pautan yang lebih pintar dengan bantuan Gemini Nano.

Sistem ini mampu menilai pautan mencurigakan menggunakan isyarat web masa nyata dan memberi amaran kepada pengguna sebelum laman berbahaya dibuka.

Satu lagi peningkatan keselamatan yang ditawar adalah ciri terbina semakan pautan tidak dikenali.

Ciri ini sebelum ini hanya tersedia pada peranti di negara-negara tertentu atau pada peranti yang mengaktifkan Android Advanced Protection enabled.

WhatsApp Image 2026-10-15 at 08.48.41

Google juga memperluaskan amaran penipuan terus pada notifikasi Android. Sebelum mesej dibuka, pengguna boleh menerima amaran jika kandungan dikenal pasti sebagai berisiko.

Ciri ini tidak lagi terhad kepada peranti Pixel, malah akan diperluaskan kepada pelbagai jenama Android.

 

Google Umum Ciri Keselamatan Baharu Untuk Pengguna Android Tangani Scammer Google Umum Ciri Keselamatan Baharu Untuk Pengguna Android Tangani Scammer

Dalam usaha menangani penipuan melalui perkongsian skrin pula, Android akan menyembunyikan maklumat sensitif seperti kata laluan, butiran log masuk dan maklumat pembayaran semasa sesi perkongsian skrin.

Perlindungan ini turut diperluaskan ke Chrome dan Android WebView di mana ruang log masuk dan skrin pembayaran secara automatik akan dikosongkan semasa sesi perkongsian skrin secara langsung.

Android turut memperkenalkan amaran terhadap cubaan mengaktifkan pemajuan panggilan yang sering digunakan penjenayah untuk mencuri kod OTP dan memintas keselamatan akaun pengguna.

Jadi, Android kini menyekat aplikasi daripada mendayakan pemajuan (forward) panggilan secara senyap di latar belakang.

Jika penipu cuba memperdaya anda untuk menaip kod pemajuan MMI secara manual pada pad dail telefon anda, Android akan memberi amaran kepada anda secara proaktif sebelum penjenayah bertindak.

Google Umum Ciri Keselamatan Baharu Untuk Pengguna Android Tangani Scammer

Melalui sistem pertahanan pintar baharu yang terbina dalam serta kerjasama merentasi ekosistem, menerima panggilan dan mesej di peranti Android anda kini lebih selamat.

{suggest}

Google Umum Ciri Keselamatan Baharu Untuk Pengguna Android Tangani Scammer WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts