Apple Jadualkan Pelancaran Produk Baharu Pada 13 Oktober – Hab Rumah Pintar Dijangka Diperkenal

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 09 Oct 2026 04:00:19

Apple kini menjadualkan pelancaran produk baharu pada 13 Oktober 2026, dengan produk rumah pintar dijangka menjadi tumpuan utama.

Antara produk yang dijangka diperkenalkan termasuk hab rumah pintar, Apple TV 4K baharu dan HomePod mini yang dikemas kini. Spekulasi mengenai produk-produk ini sudah tersebar sebelum ini, dan video acah Apple yang menggunakan slogan “Welcome home”, bersama logo Apple berwarna-warni yang kelihatan dijahit menggunakan benang, turut memberi bayangan tentang fokus pengumuman kali ini.

Slogan tersebut membayangkan tumpuan kepada produk rumah pintar, manakala penggunaan benang pada logo itu turut menimbulkan spekulasi ia mungkin merujuk kepada Thread, protokol komunikasi yang membolehkan peranti rumah pintar yang serasi saling berhubung

Welcome home. October 13. pic.twitter.com/ChelGSDOTI

— Greg Joswiak (@gregjoz) October 8, 2026

 

Difahamkan, beberapa wakil media telah dijemput ke New York untuk menghadiri sesi “Apple Experience” pada 13 Oktober ini dan mencuba produk baharu yang diperkenalkan. Bagaimanapun, Apple masih belum mengesahkan sama ada pengumuman tersebut akan disertai siaran langsung atau dibuat menerusi siaran media di laman web rasminya.

Apple Jadualkan Pelancaran Produk Baharu Pada 13 Oktober – Hab Rumah Pintar Dijangka Diperkenal WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts