Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 09 Oct 2026 11:00:17

Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) akan membangunkan aplikasi berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan orang ramai menyemak nombor telefon, akaun bank dan pautan yang mencurigakan sebelum melakukan transaksi.

Pengumuman itu dibuat menerusi ucapan Perdana Menteri sempena Belanjawan 2027 sebagai usaha mengesan potensi penipuan lebih awal dan membantu orang ramai membuat semakan sebelum meneruskan transaksi kewangan.

Dalam ucapan yang sama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dilaporkan telah menyekat lebih 5.7 bilion panggilan telefon dan SMS yang berunsur penipuan.
Selain usaha membanteras penipuan, kerajaan turut memberi perhatian terhadap keselamatan kanak-kanak di ruang digital.

Bahagian D11 Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperkasa sistem Malaysia Internet Crime Against Children (MICAC) dengan keupayaan analitik lanjutan bagi membantu mengesan pelaku dan rangkaian berkaitan eksploitasi seksual kanak-kanak dengan lebih awal.

Kerajaan juga akan mempercepat kempen Internet Selamat di semua sekolah, dengan tumpuan terhadap usaha menangani buli siber dan eksploitasi kanak-kanak.

{suggest}

Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts