Apple Memintas NVIDIA Sebagai Syarikat Paling Bernilai Dunia

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 28 Jul 2026 03:33:56

Apple kembali menjadi syarikat dengan nilai pasaran tertinggi dunia pagi ini selepas saham melonjak 1.17%. Ia dipacu oleh status Apple yang dilihat terlindung daripada CAPEX melampau untuk membina pusat data seperti syarikat teknologi lain. Apple kini mempunyai nilai pasaran hampir $5 trilion yang belum pernah dicapainya sebelum ini.

NVIDIA yang dahulunya di tangga teratas kini di tangga kedua selepas saham susut hampir 5% kerana kerisauan pelabur mengenai kos pembiayaan pusat data, ketidakstabilan pasaran kecerdasan dan laporan NVIDIA akan melabur $250 bilion ke dalam OpenAI bagi membina pusat data yang menggunakan cip mereka sendiri.

Walaupun nilai NVIDIA kini kembali bawah $5 trilion, ia masih memegang status sebagai syarikat pertama mencapai nilai pasaran ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts