Apple Memperkenalkan Mac Mini Dengan Pilihan Cip M6 Dan M5 Pro

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 25 Aug 2026 14:00:57

Seperti dinantikan, hari ini Apple secara rasminya telah memperkenalkan komputer desktop kompak mereka yang dikemaskini spesifikasinya, iaitu Mac Mini. Kemaskini baharu ini hadir dengan pilihan cip Apple M6 dan Apple M5 Pro – sekaligus memberikan pilihan prestasi perkomputeran lebih tinggi kepada pengguna.

Versi paling asas kini hadir dengan cip Apple M6, menyertakan cip CPU 12-teras yang dipadankan dengan GPU 16-teras, dan juga Neural Engine 16-teras. Versi ini sekaligus mempertingkatkan keupayaan Mac Mini lebih tinggi berbanding penggunaan cip M4 pada versi sebelumnya.

Sementara untuk pilihan cip M5 Pro pula, ia menawarkan pilihan CPU sehingga 18-teras yang digabungkan dengan GPU sehingga 20-teras, selain sokongan memori sehingga 64GB RAM.

Kedua-dua cip ini sekaligus menawarkan keupayaan pemprosesan model bahasa raya lebih pantas, sokongan pengiraan dan pretasi permainan video yang dipertingkatkan, disamping untuk menjana animasi dan lain-lain.

Melengkapkan Mac Mini juga, ia hadir dengan sokongan WiFi 7, Bluetooth 6, storan sehingga 8TB, sokongan tiga Thunderbolt di bahagian belakang disamping ruangan sambungan dua USB-C dengan sokongan USB 3 d hadapan.

Di Malaysia, Mac Mini dengan cip Apple M6 ditawarkan pada harga bermula RM3,799, sementara dengan cip M5 Pro pula ditawarkan pada harga bermula RM7,499. Kedua-duanya boleh dipra-tempah bermula 27 Ogos 2026 kelak, dan dijual bermula 22 September.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts