Apple Perkenal Seni Bina AI Baharu Untuk Apple Intelligence, Siri

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 08 Jun 2026 21:00:18

Apple mengumumkan rombakan besar untuk Apple Intelligence menerusi seni bina baharu yang dibangunkan bersama model Google Gemini.

Menurut Apple, model baharu yang dikenali sebagai Apple Foundation Models itu direka untuk beroperasi sama ada secara terus pada peranti atau melalui pelayan menggunakan infrastruktur Private Cloud Compute.

Apple mendakwa kerjasama dengan Google itu membolehkan peningkatan ketara dari segi pemahaman, penaakulan dan keupayaan multimodal termasuk memahami serta menjana imej.

Melalui model yang dinaik taraf ini, Apple Intelligence kini menyokong pelbagai fungsi baharu seperti penghasilan imej yang lebih realistik, penyuntingan foto lanjutan dan keupayaan menjawab soalan berdasarkan kandungan visual.

Sebagai tambahan, sebilangan peranti juga akan menerima versi model yang lebih berkuasa dengan ciri tambahan seperti penjanaan suara, ketepatan dictation yang lebih baik serta pemahaman bahasa yang dipertingkatkan.

Dalam masa sama, Apple sekali lagi menekankan aspek privasi sebagai elemen utama Apple Intelligence. Syarikat itu berkata data pengguna hanya digunakan untuk memproses permintaan semasa dan tidak boleh diakses oleh Apple mahupun pihak ketiga. Apple turut menyatakan pakar luar boleh mengesahkan jaminan privasi tersebut pada bila-bila masa.

{suggest}

Apple Perkenal Seni Bina AI Baharu Untuk Apple Intelligence, Siri WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts