Apple Perkenalkan Kain Lap Baharu Dengan Harga RM39

by Oh! Semput


3
SHARES
44
VIEWS
Posted on 25 Aug 2026 17:00:57

Apple baru sahaja menjadikan aksesori kain lap (Polishing Cloth) mereka jauh lebih murah. Syarikat itu secara senyap melancarkan versi baharu dengan harga RM39. Harga ini jauh lebih rendah berbanding versi asal yang dijual pada RM99.

Setakat ini, belum ada kepastian sama ada terdapat perubahan pada saiz atau bahan yang digunakan. Perubahan utama yang diumumkan hanyalah pada harga, sekali gus menjadikan aksesori ini lebih mampu milik berbanding sebelum ini. Bagi yang berminat, tempahan boleh dibuat melalui Apple Store Online. Produk ini kemudian boleh diambil di Apple Store TRX pada tarikh yang ditetapkan.

Kain ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 2021. Ketika itu, ia menjadi bahan jenaka kerana dijual sebagai aksesori dengan harga premium. Namun begitu, produk berkenaan tetap mencatat sambutan luar biasa sehingga habis terjual dalam tempoh beberapa hari sahaja.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts