by Oh! Semput

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik dan bangsa serta agama. Kita sering diajar bahawa kita harus melayani semua orang sama rata tanpa mengira agama dan bangsa.
Namun, sebuah sekolah rendah di Hulu Langat mencetuskan kekecohan apabila sekolah itu dikatakan mengasingkan cawan untuk pelajar mengikut agama iaitu agama Islam dan bukan Islam.
BACA: Kisah Pelajar Autism Peminat Ultraman

Gambar mengenai cawan itu tersebar meluas di laman sosial dan mengakibatkan ibu bapa serta pengguna laman sosial berang mengenai isu tersebut.
Cawan yang mempunyai label ‘murid Islam’ serta ‘murid bukan Islam’ itu diletakkan berdekatan dengan sebuah bekas dispenser air.
Perkara ini mendapat perhatian anggota Majlis Perbandaran Seberang Perai, Satees Muniandy yang kemudiannya memuatnaik gambar cawan-cawan tersebut di laman sosial Facebook dan membantah tindakan sekolah tersebut.
“Inilah yang akan berlaku di sekolah aliran tunggal. Orang bukan Islam diajar bahawa mereka berbeza dan tidak patut berkongsi cawan dengan pelajar Islam,” tambahnya lagi.
Justeru itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Chong Sin Woon mengarahkan Jabatan Pelajaran Selangor menyiasat isu ini dengan lebih lanjut.
“Sekolah kebangsaan adalah untuk semua rakyat Malaysia dan tidak boleh memisahkan anak-anak kita berdasarkan agama,” katanya.
Diharap pihak terbabit dapat mencari jalan penyelesaian dengan segera supaya generasi akan datang lebih bersatu dan tidak berpecah-belah hanya kerana perbezaan agama.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram