Nama Pengguna WhatsApp Anda Tidak Boleh Dicari Secara Terbuka

by Oh! Semput


6
SHARES
73
VIEWS
Posted on 05 Jul 2026 00:03:48

WhatsApp kini membolehkan pengguna menempah nama pengguna (username) lebih awal sebelum fungsi ini dilancarkan sepenuhnya hujung tahun. Langkah ini bertujuan melindungi nama penting seperti selebriti, kerajaan, dan akaun rasmi daripada disalah guna. Pengguna biasa juga boleh menempah nama pengguna pilihan mereka lebih awal. Jadi apabila fungsi ini dibuka kepada semua nanti, anda tidak perlu risau nama tersebut sudah digunakan orang lain.

Namun begitu, langkah ini menimbulkan perdebatan dalam kalangan pengguna. Ada yang bimbang tentang keselamatan dan kemungkinan berlakunya penyalahgunaan malah tidak kurang juga yang masih keliru tentang cara penggunaan nama pengguna ini. Antara kebimbangan utama ialah sama ada nama pengguna WhatsApp boleh dicari secara terbuka seperti di Instagram. Jawapannya adalah tidak.

Nama pengguna WhatsApp ini tidak boleh dicari secara terbuka, jadi orang lain tidak boleh sewenang‑wenangnya menghantar mesej hanya kerana mereka tahu nama pengguna anda. Hal ini jelas berbeza dengan Instagram. Untuk menghubungi seseorang melalui nama pengguna di WhatsApp, mereka perlu tahu dua perkara serentak iaitu nama pengguna dan username key.

Dengan adanya lapisan keselamatan ini, orang asing tidak mudah menghantar mesej kepada anda. WhatsApp turut menegaskan bahawa ciri ini adalah tambahan keselamatan penting. Selain itu, WhatsApp juga membolehkan anda pautkan nama pengguna dengan akaun Instagram atau Facebook jika mahu menggunakan nama yang sama, dan anda boleh nyahpaut (unlink) semula bila perlu. Nama pengguna juga boleh ditukar kemudian selagi masih tersedia.

Buat masa ini, nama pengguna di WhatsApp adalah pilihan dan bukan wajib, jadi anda masih boleh menggunakan nombor telefon seperti biasa. Jika nama pengguna yang anda mahu tidak tersedia, ada beberapa kemungkinan. Ia mungkin sudah digunakan di Instagram atau Facebook kmudian WhatsApp menyimpannya untuk pemilik asal. Ia juga boleh jadi nama terkenal seperti selebriti atau akaun rasmi Meta Verified yang hanya boleh dituntut oleh pemilik sah. Atau, ia mungkin sudah diambil oleh orang lain maka anda perlu mencari variasi lain yang masih tersedia.

Buat masa ini juga, nama pengguna di WhatsApp masih belum boleh digunakan untuk menghantar mesej. Apabila fungsi ini dilancarkan nanti, WhatsApp akan menambah ciri keselamatan tambahan seperti paparan maklumat negara asal dan amaran untuk mesej pertama daripada orang baharu. WhatsApp turut akan memantau laporan daripada pengguna serta tindakan sekatan .

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts