Astro X3 Ditawarkan Dengan Pilihan Tanpa Kontrak – Harga Promosi Bermula RM39.99 Sebulan Untuk 3 Bulan Pertama

by Oh! Semput


3
SHARES
37
VIEWS
Posted on 27 Nov 2026 07:00:41

Astro secara rasmi memperkenalkan pilihan tanpa kontrak untuk Astro X3 selepas mengumumkannya pada Julai lalu. Langkah ini membolehkan pengguna menikmati kandungan Astro tanpa perlu terikat dengan kontrak langganan.

Bagi pilihan tanpa kontrak ini, pengguna boleh melanggan Entertainment Pack pada harga RM59.99 sebulan atau Sports Pack pada harga RM109.99 sebulan. Bagaimanapun sempena pelancarannya, Astro menawarkan harga promosi untuk tiga bulan pertama dengan Entertainment Pack ditawarkan pada harga RM39.99 sebulan dan Sports Pack pada harga RM69.99 sebulan. Selepas tempoh promosi tamat, harga langganan akan kembali kepada kadar asal.

Melalui Astro X3, pengguna boleh menikmati kandungan Astro menerusi aplikasi Astro dan Astro GO tanpa dekoder. Entertainment Pack menawarkan lebih 70 saluran, manakala Sports Pack menyediakan lebih 85 saluran termasuk siaran sukan secara langsung. Selain itu, langganan Sports Pack turut menyediakan akses kepada Astro GO, beIN SPORTS CONNECT dan Sun NXT Lite.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts