Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan

by Oh! Semput


3
SHARES
43
VIEWS
Posted on 27 Nov 2026 04:00:16

Astro kini menawarkan pilihan langganan tanpa kontrak untuk Astro X3, membolehkan pengguna menikmati penstriman kandungan hiburan dan sukan tanpa memerlukan dekoder atau pemasangan di rumah.

Melalui pilihan baharu ini, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian dan terus menonton kandungan yang ditawarkan tanpa perlu terikat dengan kontrak jangka panjang. Terdapat dua pilihan pelan, iaitu Astro X3: Entertainment Pack dan Astro X3: Sports Pack.

Bagi tawaran pelancaran, Entertainment Pack ditawarkan pada harga RM39.99 sebulan untuk tiga bulan pertama, berbanding harga asal RM59.99 sebulan. Sementara itu, Sports Pack boleh dilanggan pada harga RM69.99/bulan, berbanding harga asal RM109.99/bulan dalam tempoh promosi yang sama.

PR (BM) Astro Lancar Pelan Tanpa Kontrak Astro X3 Beserta Tawaran Eksklusif harga
Tawaran untuk tiga bulan pertama.

Dari segi kandungan, Entertainment Pack merangkumi lebih 70 saluran, manakala Sports Pack menawarkan lebih 85 saluran.

Pengguna boleh menonton kandungan Astro X3 melalui aplikasi Astro pada TV Pintar, atau menerusi Astro GO pada telefon pintar, tablet dan komputer riba.

Fact Sheet_Astro Launches Astro X3 (No-Contract)-1 (1)
Pakej penuh yang tersedia dengan harga asal.

Untuk langganan atau maklumat lanjut, layari laman rasmi Astro.

{suggest}

Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts