by Oh! Semput

MADINAH: Kejayaan merangkul pingat pada temasya Paralimpik Rio baru-baru ini jelas melonjakkan terus nama empat pemenang pingat negara dikalangan rakyat Malaysia khususnya peminat sukan.
Pemenang pingat emas berkenaan adalah Muhammad Ziyad Zolkefli yang memenanginya menerusi acara lontar peluru F20, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (100 meter T36) dan Abdul Latif Romly (lompat jauh T20) serta pemenang gangsa, Siti Noor Radiah Ismail (lompat jauh T20).
Ia terbukti ketika ziarah di Madinah apabila ramai yang mahu bergambar bersama mereka.
Selain menjalani ibadah di Masjid Nabawi, kelmarin, mereka berpeluang solat di Raudah makam Nabi Muhamad.
Selain itu, semua rombongan turut dibawa melawat dan menziarahi tempat bersejarah seperti Masjid Quba dan beberapa masjid lain yang ada dalam sejarah Islam.
“Mohamad Ridzuan tidak dapat bersama saya ke Raudah kerana kurang sihat.
“Alhamdulillah walaupun terpaksa menunggu lama, kami berpeluang untuk ke Raudah,” kata Mohamad Puzi Mat Isa.
Dalam masa sama, Abdul Latif mahu memanfaatkan peluang Umrah kali ini untuk berdoa supaya kekal pada aksi terbaik.
“Terima kasih kumpulan DRB-Hicom. Ini peluang yang saya tidak boleh lepaskan. Kesempatan akan dimanfaatkan sebaik mungkin.
“Saya akan terus berdoa untuk kekal pada aksi terbaik terutamanya untuk Sukan SEA dan Piala Dunia, tahun depan,” katanya yang merakam catatan terbaik 7.60 meter,”.
Category: Semasa