Aznil Nawawi Dilamar Sebagai Suami Dengan Nota Pelekat

by Oh! Semput


11
SHARES
137
VIEWS
Posted on 05 Jun 2017 04:00:58

aznil nawawi dilamar sebagai suami dengan nota pelekat 1

Kredit foto: Instagram Aznil Nawawi 


Pengacara Datuk Aznil Haji Nawawi tidak menyangka akan menerima pelbagai permintaan pelik menerusi nota-nota pelekat yang ditampal di tapak perniagaan yang diusahakannya, Bazaar Paknil di Kompleks PKNS, Shah Alam.

Paling tidak terlintas di kepala beliau adalah apabila seorang wanita berhajat untuk melamarnya sebagai suami.

aznil nawawi dilamar sebagai suami dengan nota pelekat 2

Kredit foto: Instagram Aznil Nawawi

Saya terima macam-macam permintaan pengunjung. Ada yang mahukan kereta dan rumah. Manalah tahu, tiba-tiba saya jadi jutawan segera dan ada pihak yang hendak menaja, mungkin impian mereka boleh menjadi kenyataan. Apa yang melucukan ada individu berhasrat untuk menjadi isteri dan melamar saya melalui nota pelekat di papan kenyataan itu.

: BH Online

Menyentuh perkembangan terkininya di bulan Ramadhan, Aznil memberitahu fokusnya kini adalah kepada program televisyen kelolaannya, Ring Ring Ringgit selain sibuk menguruskan Bazaar Paknil.

aznil nawawi dilamar sebagai suami dengan nota pelekat 3

Kredit foto: Instagram Aznil Nawawi

Ketika mula-mula memperkenalkan tapak perniagaan itu, ramai yang skeptikal. Ada yang menyangka saya hanya menggunakan nama saja. Bagaimanapun, saya cuba buktikan dengan turun padang dan melakukan pelbagai aktiviti serta promosi besar-besaran di laman sosial. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Ramai pula yang berminat berniaga di Bazar Paknil pada masa akan datang.

: BH Online 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts