ROG Xbox Ally X20 Bakal Dibuka Untuk Pra-Tempahan Di Malaysia

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 25 Aug 2026 14:30:13

ASUS Republic of Gamers (ROG) Malaysia mengesahkan ROG XBOX Ally X20 akan dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia tidak lama lagi, sama ada sebagai peranti kendiri atau menerusi bundle khas bersama aksesori premium.

Model ini dibangunkan sempena ulang tahun ke-20 ROG dan tampil dengan casis lut sinar hitam serta kemasan dalaman berwarna emas. Ia juga menjadi model pertama dalam siri berkenaan yang menggunakan paparan Nebula HDR OLED 7.4 inci dengan resolusi Full HD, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 1,400 nit.

Dari segi prestasi, ROG XBOX Ally X20 dikuasakan oleh AMD Ryzen AI Z2 Extreme, dipadankan dengan 24GB LPDDR5X RAM dan storan SSD 1TB. Ia turut dilengkapi bateri 80Wh serta sokongan Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.4.

Selain versi kendiri, ROG turut menawarkan XBOX Ally X20 Bundle yang merangkumi cermin mata AR ROG XREAL R1 Edition 20, sarung dbrand Killswitch, pengecas 68W serta Pelican Protector Case khas.

ROG XREAL R1 Edition 20 pula menggunakan paparan micro-OLED dengan resolusi 1920×1080 bagi setiap mata, kadar segar semula sehingga 240Hz dan skrin maya sehingga 171 inci pada jarak empat meter. Ia turut menyokong 3DoF serta audio yang ditala oleh Bose.

Setakat ini, ASUS Malaysia masih belum mendedahkan harga rasmi dan tarikh pra-tempahan.

Sebagai perbandingan, di Amerika Syarikat, ROG XBOX Ally X20 dijual pada harga AS$1,299.99 (~RM5,253), manakala versi bundle berharga AS$2,499.99 (~RM10,100).

{suggest}

ROG Xbox Ally X20 Bakal Dibuka Untuk Pra-Tempahan Di Malaysia WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts