Siri Poco F9 Bakal Dilancarkan Secara Global Pada 1 September – Lengkap Dengan Audio Bose

by Oh! Semput


4
SHARES
57
VIEWS
Posted on 24 Aug 2026 17:01:02

Poco bakal memperkenalkan model terbaharu siri Poco F9 dalam pelancaran global yang dijadualkan pada 1 September 2026. Laman web rasmi syarikat turut menyiarkan promosi awal berhubung acara tersebut.

Barisan baharu ini akan hadir dengan dua varian iaitu Poco F9 Pro dan Poco F9 Ultra tanpa model standard seperti generasi terdahulu. Rekaan awal yang dipaparkan menunjukkan persamaan dengan siri Redmi K100 yang sebelum ini diumumkan di China. Namun, masih belum dapat dipastikan sama ada kedua-dua model ini akan menawarkan spesifikasi dalaman yang sama seperti di pasaran China atau sebaliknya.

Menariknya, Poco sekali lagi mengekalkan kerjasama dengan Bose bagi sistem audio sekaligus meneruskan tradisi yang diperkenalkan pada model terdahulu. Sokongan audio premium ini dijangka menjadi antara tarikan utama bagi pengguna yang mengutamakan pengalaman hiburan berkualiti tinggi. Dengan pelancaran rasmi yang kini berbaki kurang seminggu, siri Poco F9 dijangka akan mencuri perhatian dalam kalangan peminat setia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts