UAI Bakal Jadi Salah Satu Watak Animasi TV

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 16 Feb 2026 04:00:19

Penceramah agama popular, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI bakala menjadi salah satu watak animasi dalam siri tv kartun yang akan diterbitkan oleh  TV PASTI.

Perkara itu disahkan oleh pihak PASTI Malaysia apabila mengumumkan berita tersebut selepas mendapat ‘lampu hijau daripada ÜAI sendiri.

“Hok peting sekali bulih green light dohh.”

PASTI Malaysia dalam hantaran di akaun Facebook rasmi mereka menyatakan ucapan terima kasih kepada Ustaz Azhar Idrus dan juga pasukan beliau kerana memberi peluang untuk berkolaborasi dalam projek animasi TV PASTI.

Rekaan watak kartun juga telah dihasilkan yang ternyata comel dengan mengekalkan identiti ikonik beliau seperti kopiah putih dan janggut sebagai tanda pengenalan utama pada versi kartun tersebut.

Diharapkan animasi ini menjadi asbab untuk pelajar PASTI serta anak-anak yang menonton TV PASTI lebih mengenali dan mendekati para ulama melalui pendekatan yang santai dan mesra.

{suggest}

UAI Bakal Jadi Salah Satu Watak Animasi TV WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts