BATU CAVES, SELANGOR - Banyakkan bersedekah daripada mengambil untung, itulah prinsip dalam perniagaan yang diamalkan oleh pengasas Nasi Briyani Beratur, Halilur Rahman Mohd Ismail, 62, yang disiarkan Harian Metro hari ini.
Pada awalnya, nama gerai yang digunakan ialah Nasi Briyani Rahman. Namun ramai orang yang menggelarkan gerainya dengan nama Nasi Briyani Beratur dan Halilur Rahman mula menggunakan nama itu sejak enam tahun yang lalu.
Halilur Rahman berkata, sudah 17 tahun meniaga nasi briyani dan pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhnya untuk mendapatkan kepercayaan dari pelanggan.
"Ketika itu anak-anak saya masih kecil lagi. Kami sama-sama menjerit sampai tekak kering memanggil orang untuk membeli nasi briyani saya yang dijual di tepi jalan.
"Sehingga saya pernah berjanji dengan pelanggan bahawa saya akan memulangkan duit mereka dua kali ganda jika nasi saya tidak sedap," katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro, Asrizal Aris, di bazar Ramadan Pinggiran Batu Caves, Kuala Lumpur.
Apabila perniagaan nasi briyaninya mula dikenali dan mempunyai pelanggan tetap, Rahman memperbanyakkan bersedekah dengan memastikan nasi yang dibekalkan tidak mengecewakan pembeli.
"Prinsip saya, kalau sudah letak nasi berbukit-bukit, jika terlebih, jangan tolak atau keluarkan nasi itu tetapi anggap sahaja kita bersedekah kepada pembeli. Allah susah tetapkan rezekinya.
"Kadang-kadang saya tercedok dua ayam untuk nasi briyani tetapi saya tidak letak semula. Saya tidak pernah terfikir untuk untung lebih," katanya.
Bagi Halilur Rahman, dia lebih mengutamakan penghargaan dari pelanggannya yang sanggup beratur tidak mengira hujan atau panas demi mendapatkan Nasi Briyani Beratur yang mempunyai aroma tersendiri.
Sepanjang bulan Ramadan, gerai Halilur Rahman mampu menjual nasi briyaninya sehingga 600 bungkus yang dihabiskan dalam masa tidak sampai dua jam.
Nasi Briyani Beratur dijual dengan harga RM8 untuk ayam, manakala RM9 untuk daging di bazar Ramadan Pinggiran Batu Caves. Selain itu, Rahman juga mempunyai restorannya, Rahman Briyani, yang terletak di Batu Caves.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melancarkan operasi bersepadu terhadap sebuah premis di Pusat Perdagangan Lagoon Perdana yang disyaki mempunyai kaitan dengan penyebaran ajaran Syiah, hasil maklumat yang diterima daripada orang awam.Pengarah JAIS, Dat
Kerajaan menambah baik pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan memperkenalkan mekanisme baharu yang membolehkan pemilik kenderaan memindahkan kelayakan subsidi diesel kepada ahli keluarga yang menggunakan kenderaan tersebut.Pelaksanaan turut
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan menegaskan semua buku dan penulisan berkaitan agama wajar melalui semakan pihak berautoriti bagi memastikan ketepatan fakta, sekali gus memelihara kesucian Islam.Menerusi satu h
Menteri Pertahanan, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program seperti ini yang mula diperkenalkan sejak tahun lalu bertujuan memastikan anggota ATM terlibat dalam aktiviti berfaedah di samping menjaga keseimbangan kesihatan mental dan fizikal.Pr
Amerika Syarikat (AS) melancarkan satu lagi siri serangan ke atas beberapa sasaran ketenteraan di Iran pada 27 Jun selepas mendakwa Tehran gagal mematuhi perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui susulan ketegangan di Selat Hormuz.Pasukan Koman
Seorang wanita mengalami kecederaan parah, manakala tujuh individu lain cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tujuh tan, sebuah Perodua Myvi dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Noah di Kilometer 94, Lebuhraya Utara-Selatan (PL
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang perbuatan buli di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) susulan satu kes yang didakwa berlaku di sebuah MRSM di Johor.Menerusi kenyataan di media sosial, pihaknya hanya me
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkhidmatan percuma selama sebulan bagi Laluan LRT3 Shah Alam bermula esok sempena pembukaan rasmi laluan baharu yang menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia.Pengumuman itu dibuat ketika merasmikan
Seorang lelaki warga asing maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan sebuah kilang kitar semula di Batu 2, Kampung Durian, petang Sabtu.Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Alpian Abdu