Dua Bekas Kakitangan Pejabat SUK Pahang Dihukum Penjara, Ubah Suai Senarai Nama Penerima Darjah Kebesaran Dan Pingat

by Oh! Semput


4
SHARES
58
VIEWS
Posted on 27 Nov 2026 16:30:34

KUANTAN:  Dua bekas kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, masing-masing dihukum penjara lima dan dua tahun selepas didapati bersalah ubah suai senarai penerima darjah kebesaran dan pingat oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini .

Tertuduh, Mohd Isa Mohd Yusof, 40, dan Amer Syafeeq Aziz, 34, disabitkan atas pertuduhan mengubahsuai kandungan laman sesawang sistem pengurusan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang tanpa kebenaran antara 2020 dan 2021.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap kedua tertuduh.

Tertuduh pertama, Mohd Isa disabitkan kesalahan atas 26 pertuduhan, manakala tertuduh kedua, Amer Syafeeq atas dua pertuduhan.

Dalam keputusan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan terhadap Mohd Isa, manakala Amer Syafeeq pula dua tahun yang berjalan secara serentak.

Mohd Isa diwakili Mohammad Hamizey Mat Taib dan Amer Syafeeq diwakili Datuk Zaharman Zainal Abidin, manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fathin Nadhirah Kasimdan Muhammad Najmi Zaki Amer Suhaimi.

Sementara itu, peguam kedua tertuduh dalam rayuannya memohon penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Sebaliknya, pihak pendakwaan sebaliknya memohon hukuman penjara kerana kesalahan yang dilakukan kedua-dua tertuduh serius.

Bagaimanapun, Azman menetapkan jaminan RM130,000 terhadap Mohd Isa, manakala Amer Syafeeq pula RM10,000.

Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan perintah penggantungan pelaksanaan hukuman penjara terhadap kedua tertuduh sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

Pada 28 Disember 2022, Mohd Isa dan Amer Syafeeq mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengubah suai kandungan laman sesawang sistem pengurusan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang tanpa kebenaran antara 19 Februari 2020 dan 12 Oktober 2021.

Mohd Isa didakwa memasukkan nama 26 individu ke dalam laman sesawang sistem pengurusan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang sebagai penerima pingat Datuk dan Datuk Seri daripada Sultan Pahang, sedangkan individu terbabit tidak disenaraikan untuk menerima anugerah berkenaan,

Amer Syafeeq didakwa melakukan kesalahan sama dengan memasukkan nama tiga individu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(4) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. #HarianMetro

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts