“Bella Selalu Senyum & Tegur Bila Terserempak” – Rakan Sekolah Terharu Bella Astillah Masih Ingat Walau Lama Tak Jumpa

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 18 Oct 2026 10:00:47

Seorang rakan sekolah kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mencuri perhatian selepas berkongsi kenangan manis mengenai sikap mesra selebriti itu sejak zaman persekolahan.

Menerusi perkongsian di Threads, individu dikenali sebagai Afiqah Amin mendedahkan bahawa dia pernah bersekolah bersama Bella di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur pada tahun 2009.

Advertisement

Pernah satu sekolah dengan Bella Astillah

Walaupun tidak berada dalam kelas yang sama, Bella dikatakan sentiasa tersenyum dan menegurnya setiap kali mereka terserempak sebelum Afiqah berpindah sekolah.

Dulu sekolah menengah bersama di KL, pada tahun 2009. Tak sekelas pun, tapi Bella selalu senyum dan tegur bila terserempak. Lepas tu Fiqa pindah sekolah.

Lebih membuatkannya tersentuh, Afiqah turut mengimbau pertemuan semula mereka ketika menghadiri majlis perkahwinan wanita dikenali sebagai Dayah Farzana pada 3 Februari 2019.

Menurutnya, meskipun sudah bertahun-tahun tidak berjumpa, Bella masih mengenalinya dan terlebih dahulu menyapa dengan memanggil namanya.

“Masa jumpa balik di wedding Dayah Farzana 3/2/2019, Bella tegur, ‘Fiqa, kan?’

“Bella ingat lagi Fiqa ya?”

“Mestilah Bella ingat.”

Sikap Bella Astillah waktu zaman sekolah

Tindakan Bella itu membuatkan Afiqah berasa terharu kerana pelakon berkenaan masih mengingatinya walaupun sudah lama tidak bertemu.

Terharu Bella ingat dekat kita </div>


            <p><a target=SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts