Samsung Dijangka Membawa Perubahan Besar Melalui One UI 10

by Oh! Semput


4
SHARES
56
VIEWS
Posted on 17 Oct 2026 14:00:52

Samsung sedia mula menawarkan One UI 9 kepada pengguna beberapa peranti mereka, dan untuk tahun 2027, Samsung bakal hadir dengan One UI 10. Selari dengan pengenalan versi ke sepuluh atau selepas sekitar satu dekad, kini Samsung dilihat menyediakan perubahan besar pada penawaran antaramuka sistem operasi Android mereka.

Sejak kebelakangan ini, One UI sekadar membawa perubahan kecil dari segi antaramuka, tetapi lebih memfokuskan integrasi ciri dan juga sokongan kecerdasan buatan. Ini mungkin berubah pada One UI 10, dimana ia dijangka menawarkan antaramuka yang lebih diperbaharui, disamping menu dan konteks penggunaan yang lebih diperkemas – mengurangkan langkah diperlukan untuk membuat sesuatu perkara.

Samsung juga dikatakan akan membawa perubahan berkenaan bagaimana data dan aplikasi digunakan – membolehkan pengguna melaksanakan sejumlah tugasan tanpa perlu bertukar-tukar aplikasi. Langkah ini juga dijangka akan membawa kepada penekanan penggunaan kecerdasan buatan terus pada peranti, dan menjadikan telefon pintar sebagai peranti utama rentas pelbagai peranti dan produk Samsung lain.

Buat masa ini, Samsung tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan desas-desus baru ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang akan diperlihatkan Samsung melalui One UI 10 kelak.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts