Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor

by Oh! Semput


5
SHARES
59
VIEWS
Posted on 16 Oct 2026 11:00:18

Genting Property Sdn Bhd mengumumkan kerjasama strategik dengan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd bagi pembangunan Bandar Pintar Teknologi Johor (“JTSC”).

Kerjasama menerusi Perjanjian Perancangan Induk ini dimeterai sempena acara Huawei di Shenzhen, China.

Di bawah Perjanjian Perancangan Induk itu, Genting Property akan mendapatkan khidmat Huawei untuk menyokong perancangan induk JTSC, termasuk Kampus Pintar utama seluas 430 ekar, yang akan memanfaatkan keupayaan kecerdasan buatan (AI) serta kepakaran teknologi global Huawei.

Kerjasama bersejarah ini merupakan projek antarabangsa pertama Huawei dalam bidang Kampus Pintar, sekali gus membawa model perancangan induk berasaskan AI mereka keluar dari China buat kali pertama.

Ketua Pegawai Eksekutif Genting Plantations, Dato’ Indera Lim Keong Hui, berkata inisiatif ini bertujuan membina ekosistem berpacukan inovasi global bagi memerkasa bakat tempatan.

Sementara itu, Timbalan CEO Kumpulan Perniagaan Perusahaan Huawei Malaysia, Du Xianjun, menyatakan JTSC bakal menjadi penanda aras baharu ekosistem pintar dunia.

{suggest}

Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts