by Oh! Semput
Bekas menteri yang juga pemimpin kanan Parti BERSAMA, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan dirinya merupakan salah seorang daripada dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kejadian di Petaling Jaya pada 15 Oktober lalu.
Pengakuan itu dibuat menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik di media sosialnya hari ini.
Nik Nazmi berkata, beliau bersama seorang wanita terbabit pada mulanya memulakan perbincangan berkaitan satu projek di studio mereka di Brickfields, Kuala Lumpur sebelum memutuskan untuk meneruskannya di Petaling Jaya.
Pemimpin Kanan Parti Politik Ditahan Khalwat Bersama Wanita Di Petaling Jaya
“Saya ingin mengesahkan saya adalah salah seorang daripada individu dalam insiden tersebut.”
Menurutnya, ketika pegawai JAIS tiba, hanya beliau dan wanita berkenaan berada di kediaman tersebut.
Nik Nazmi turut mengakui perkara itu sebagai satu kesalahan, namun menegaskan mereka tidak melakukan sebarang tindakan sumbang yang menimbulkan syak wasangka.
“Pada masa pegawai JAIS tiba, sememangnya hanya saya dan wanita tersebut yang ada. Saya mengakui itu adalah suatu kesalahan.”
Dalam kenyataan sama, Nik Nazmi memohon maaf kepada isterinya, keluarga serta semua pihak yang terkesan susulan kejadian tersebut.
Beliau turut menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama dalam sebarang proses perundangan yang akan dijalankan.

“Saya ingin memohon maaf kepada isteri keluarga dan keluarga kami dan semua yang terkesan di atas kesilapan pertimbangan pada waktu kejadian yang tidak sewajarnya berlaku.”
Nik Nazmi juga memohon maaf kepada Parti BERSAMA kerana menyifatkan isu berkenaan telah mengecewakan ahli serta penyokong parti.
“Saya juga memohon maaf kepada parti BERSAMA kerana mengecewakan ahli-ahli dan penyokong BERSAMA, memandangkan isu ini menjejaskan parti dan akan menerima apa jua keputusan parti.”
Beliau pada masa sama berharap semua pihak menghormati proses perundangan dan tidak memanjangkan lagi perbincangan mengenai perkara tersebut menerusi media.
Sebelum ini, JAIS mengesahkan seorang pemimpin kanan parti politik berusia 44 tahun ditahan bersama seorang wanita di sebuah kediaman di Petaling Jaya. Kedua-duanya kemudian dibawa ke Pejabat JAIS di Shah Alam untuk proses dokumentasi. Beautifulnara
Nik Nazmi sebelum ini merupakan ahli politik PKR dan pernah memegang jawatan Menteri Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Rekod Parlimen turut menyenaraikan beliau sebagai Ahli Parlimen Setiawangsa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Nik Nazmi Akui Individu Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri, Keluarga Dan Parti first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.