Berapakah Keuntungan Yang AS Monaco Dapat Hasil Dari Jualan Pemain Mereka?

by Oh! Semput


4
SHARES
58
VIEWS
Posted on 25 Jul 2017 06:01:44

Dalam bola sepak, terdapat terma iaitu selling club.

Selling club bermaksud kelab yang menjadikan penjualan pemain itu sebagai polisi utama mereka.

Lazimnya kelab-kelab yang digelar sebagai selling club ini merupakan kelab yang mempunyai akademi pemain muda yang cukup mantap dan mereka akan menjual bakat-bakat mereka kepada kelab lain.

Contonhya, kelab Belanda iaitu Ajax Amsterdam.

Musim lalu, AS Monaco berjaya memecahkan dominasi Paris-Saint Germain (PSG) dalam saingan Ligue 1 apabila berjaya merangkul kejuaraan liga dari kelab tersebut.

Pemain-pemain seperti Kylian Mbappe, Benjamin Mendy dan Bernardo Silva merupakan antara tunjang utama kejayaan kelab tersebut.

Namun begitu, pemain-pemain tersebut sering dimahukan oleh kelab-kelab luar yang lebih besar daripada mereka.

Dan pemain-pemain seperti Mendy dan Silva telah pun pergi meninggalkan AS Monaco bersama kelab baharu mereka.

Tetapi berapakah hasil yang kelab tersebut dapat dari penjualan ini?

Beli sedikit

AS Monaco merupakan kelab yang gemar membangunkan bakat-bakat muda berpotensi tinggi.

Mereka membeli pemain-pemain muda ini dengan harga yang rendah, bangunkan bakat mereka dan kemudiannya menjual pemain tersebut ke kelab yang lebih besar dengan harga yang cukup tinggi.

Pada jendela perpindahan ini sahaja, mereka sudah membeli 4 pemain baharu untuk menyertai skuad mereka.

Mereka membeli Jordi Mboula (18 tahun), Soualiho Meïté (23 tahun), Terence Kongolo (23 tahun) dan Youri Tielemans (20 tahun).

Bakat-bakat muda ini dibeli dengan harga yang tidak mahal, cuma Tielemans sahaja yang dibeli dengan kadar sebanyak €25 juta.

Youri Tielemans merupakan ‘wonderkid’ baharu AS Monaco.

Berikut adalah jumlah keseluruhan pembelian 4 pemain ini oleh AS Monaco:

  • Jordi Mboula (Barcelona B) – €3 juta
  • Soualiho Meïté (Zulte Waregem) – €8 juta
  • Terence Kongolo (Feyenoord) – €13 juta
  • Youri Tielemans (Anderlecht) – €25 juta

Secara keseluruhannya, AS Monaco menghabiskan €49 juta untuk 4 pemain ini.

Untung besar

Namun begitu, mereka mendapat pulangan lumayan menerusi penjualan pemain utama mereka.

Kos €49 juta itu dengan mudah diperoleh semula menerusi penjualan Bernardo Silva yang bernilai €50 juta.

Selain Silva, AS Monaco juga melepaskan 6 lagi pemain mereka ke kelab-kelab lain:

  • Bernardo Silva (Manchester City) – €50 juta
  • Benjamin Mendy (Manchester City) – €57.5 juta
  • Tiemoue Bakayoko (Chelsea) – €45 juta
  • Valere Germain (Marseille) – €8 juta
  • Abdou Diallo (Mayence) – €5 juta
  • Nabil Dirar (Fenerbache) – €4.5 juta
  • Corentin Jean (Toulouse) – €3.5 juta

Hasil dari penjualan 7 pemain ini, AS Monaco berjaya menjana wang sebanyak €174 juta.

Jika ditolak dengan jumlah pembelian pemain sebanyak €49 juta itu tadi, mereka memperoleh keuntungan sebanyak €125 juta!

Dengan jendela perpindahan belum lagi tamat, pastinya akan ada saja pasukan yang cuba mengetuk pintu AS Monaco untuk mendapatkan pemain mereka.

Terutamanya pemain Kylian Mbappe yang menjadi buruan. Adakah beliau akan tinggalkan AS Monaco? Kita nantikan saja.

Berapakah Keuntungan Yang AS Monaco Dapat Hasil Dari Jualan Pemain Mereka? Semuanya BOLA.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts