“Tak Beriya Pun, ‘Simple’ Je” – Juliana Evans Umum Jantina Anak Ketiga, Cara Sederhana Cuma Potong Kek Raih Perhatian

by Oh! Semput


5
SHARES
70
VIEWS
Posted on 14 Sep 2026 10:00:59

Che Puan Juliana Evans dan suaminya, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah, sekali lagi mencuri perhatian selepas berkongsi momen pengumuman jantina cahaya mata ketiga mereka.

Menerusi perkongsian yang tular, pasangan itu dilihat membuat pengumuman secara sederhana menerusi sesi potong kek bersama keluarga, tanpa acara besar-besaran yang biasanya dikaitkan dengan sambutan gender reveal.

Advertisement

Momen tersebut turut menampilkan Juliana bersama suami dan anak mereka ketika memotong kek yang tertera tulisan “It’s a…”.

Kesederhanaan cara pasangan berkenaan berkongsi berita tersebut kemudiannya menjadi perhatian netizen. Ada yang membuat perbandingan dengan bakal ibu bapa lain yang memilih untuk mengadakan acara gender reveal lebih meriah dengan dekorasi, permainan serta pelbagai gimik.

Malah, ada yang berseloroh mengenai perbezaan gaya sambutan berdasarkan latar belakang dan status pasangan berkenaan.

Untuk rekod, Juliana pada Jun lalu mengumumkan bahawa dia sedang hamil anak ketiga. Pelakon itu berkongsi bahawa keluarganya bakal menerima seorang lagi ahli dan menyifatkan tahun ini sebagai masa yang sesuai untuk menambah cahaya mata.

Juliana dan Tengku Shariffuddin mendirikan rumah tangga pada 30 April 2017 dan kini mempunyai dua cahaya mata perempuan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ben amir
2026-09-14 11:52:09

Ben Amir Cemas Rumah Hampir Terbakar, Api Hutan Merebak Dengan Cepat

“Tak Beriya Pun, ‘Simple’ Je” – Juliana Evans Umum Jantina Anak Ketiga, Cara Sederhana Cuma Potong Kek Raih Perhatian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts