Bermacam adat dan tradisi ada di sekeliling kita, berikut merupakan 5 amalan pelik di dunia

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 11 Nov 2017 06:01:32



Sebut pasal adat dan tradisi satu topik yang sangat dekat dengan kita. Setiap kaum mempunyai adat dan tradisi yang menjadi lambang jati diri seseorang . Terdapat juga di Negara-negara lain yang mengamalkan adat dan tradisi berbeza malah ada juga yang pelik lagi aneh bagi kita. 

1. Penculikkan 



Penculikkan bukan untuk wang tebusan tetapi untuk dijadikan isteri. Ianya merupakan Negara Kyrgyzstan di mana perempuan bole diculik bila-bila masa untuk dijadikan isteri . 

Ini lah satu-satunya negara dunia kes penculikkan dianggar berlaku setiap 40 minit dipanggil alakachu atau rebut dan lari . Para lelaki akan berlegar di sekitar Bandar untuk mencari calon isteri.Jika terjumpa perempuan tersebut akan diheret ke dalam kereta dan terus dibawa ke rumah lelaki .


Bagi kelurga pihak lelaki sudah membuat persiapan dan berusaha memujuk pengantin perempuan untuk bersetuju. Dan secara statistik 50% wanita  Kyrgyzstan yang sudah berkhawin ialah mangsa penculikan .

2. Semut peluru 



Cuba bayangkan kesakitan yang paling ekstrem yang pernah anda alami.Sarung tangan semut peluru, ia seperti sarung tangan oven tetapi di dalamnya penuh dengan semut peluru.

Semut peluru ini sepanjang satu inci, dalam sekala sengatan serangga semut peluru menduduki tempat pertama kesakitan paling ekstrem. Tradisi sadis ini dilakukan amalan puak satere mawi dari Brazil. Salah satu proses peralihan remaja kepada seorang lelaki dewasa.


Masa yang diperlukan ialah 10minit. Untuk mengurangkan kesakitan anda diminta dibawa menari dengan iringan muzik diketuai oleh ketua kampong. Ritual ini tidak dilakukan sekali seumur hidup tetapi sekurang-kurangnya dilakukan sebanyak 20 kali dan baru dianggapkan sebagai lelaki dewasa sejati.

3. Pertandingan muka paling hodoh (World Gurning Championship)



England terkenal dengan tradisi ratu hodoh iaitu World Gurning Championship. Mereka dikenakan satu peraturan saja mengubah bentuk muka asal kepada muka hodoh dan akan diiktaraf menjadi juara.


World Gurning Championship sudah wujud pada tahun 1269 oleh king Henry yang ke-3 dan hampir 800 tahun. Diketengahkan kepada 3 kategori iaitu lelaki wanita dan kanak-kanak, ia mendapat sambutan hangat di England.

4. EL COLACHO – Melompat atas bayi



Dikenali sebagai seorang lelaki akan dikenakan memakai pakaian merah dan kuning menyerupai syaitan kemudian percaya atau tak syaitan ini akan berlari dan melompat atas bayi.


Di Sepanyol, festival  melompat atas bayi ini akan diraikan setiap tahun sempena meraikan Corpus Chrtisti. Bayi-bayi tersebut akan dibaringkan di atas tilam dan sekumpulan lelaki El Colacho inilah akan berlari dan melompat melangkaui bayi- bayi tersebut. Tradisi pelik ini dikatakan boleh menghapuskan dosa dan melindungi bayi daripada anasir jahat.

5. Isteri yang melompat di atas mayat suami



Tradisi kuno di India yang diamalkan sejak berabad lamanya, kebiasaannya balu yang kematian suaminya akan melompat ke dalam api yang marak semasa upacara membakar mayat suami dan dianggap sebagai satu cara yang mulia pengorbanan sebagai seorang isteri yang setia.


Mengikut kepercayaan Sati dilakukan kerana nilai diri seorang balu tanpa suami yang dianggap sangat rendah dikalangan masyarakat. Ada pendapat sahih menyatakan majority balu melaksanakan Sati ini sebenarnya dipaksa atau dibunuh. Akhirnya amalan sati ini telah diharamkan di India.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Panduan Borong China
Popular Posts