‘Pre-Load’ GTA 6 Bermula 10 November – Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB

by Oh! Semput


2
SHARES
22
VIEWS
Posted on 04 Nov 2026 04:00:09

Pemain yang menantikan Grand Theft Auto VI (GTA 6) kini boleh membuat persediaan apabila Rockstar Games mengesahkan proses muat turun awal (pre-load) akan bermula pada 10 November 2026.

Bagi pengguna PlayStation 5, pre-load digital akan dibuka pada jam 12.00 tengah malam mengikut waktu tempatan di setiap negara. Sementara itu, pengguna Xbox Series X|S boleh mula memuat turun permainan tersebut pada jam 12.00 tengah malam GMT, bersamaan 8.00 pagi waktu Malaysia pada 10 November.

Untuk pemain yang memilih versi fizikal, Rockstar turut memaklumkan versi code-in-box untuk kedua-dua konsol dijangka mula tersedia menerusi peruncit pada 12 November.

Dalam pada itu, pemain juga perlu memastikan konsol masing-masing mempunyai ruang storan yang mencukupi kerana fail muat turun awal permainan itu memerlukan ruang sehingga 212GB, bergantung pada peranti yang digunakan.

Grand Theft Auto VI pre-load begins on November 10. There’s still time to pre-order and ensure you're able to experience Grand Theft Auto VI when it launches on November 19.

Details: https://t.co/FthhVn574j pic.twitter.com/NzfKaSMGz9

— Rockstar Games (@RockstarGames) November 3, 2026

Seperti yang diumumkan sebelum ini, GTA 6 akan dilancarkan pada 19 November 2026 untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X|S. Dengan adanya muat turun awal, pemain boleh mendapatkan fail permainan terlebih dahulu sebelum pelancaran rasminya.

{suggest}

‘Pre-Load’ GTA 6 Bermula 10 November – Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts