by Oh! Semput
Ibu kepada pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa iaitu Noor Kartini kembali menjadi perhatian ramai selepas menu Nasi Ayam Mama Tini mendapat sambutan hangat daripada pelanggan.
Terbaharu, ramai pelanggan menyedari bekas makanan untuk menu tersebut telah ditukar kepada saiz baharu, namun harga jualannya masih dikekalkan pada RM26 sebekas.
Malah, ada juga pelanggan mendakwa saiz ayam yang diberikan kini kelihatan lebih besar berbanding sebelum ini.
Perkara itu sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial dengan ramai tampil memberikan pendapat masing-masing mengenai harga makanan tersebut.
Ada yang berpendapat harga RM26 dianggap agak mahal untuk sebekas nasi ayam, lebih-lebih lagi untuk hidangan biasa.
Namun dalam masa sama, ramai juga pelanggan mempertahankan harga tersebut dengan mengatakan rasa makanan, saiz hidangan serta kualiti yang diberikan berbaloi dengan bayaran dikenakan.

“Kalau sedap dan portion besar okay la RM26.”
“Ayam nampak besar juga kali ni, packaging pun nampak lebih kemas.”
“Bagi saya mahal, tapi kalau sekali sekala nak cuba boleh la,” antara komen netizen.
Sebelum ini, menu Nasi Ayam Mama Tini yang diperkenalkan ibu Neelofa itu sering menjadi bualan netizen susulan harga jualannya yang dianggap premium berbanding nasi ayam biasa di pasaran.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Berniaga Bukan Semata Nak Kaya” – Ibu Neelofa Jual Nasi Ayam RM26 Sebekas, Netizen Persoal Harga Terlalu Mahal? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.