“Saya Rasa Bersalah, Jangan Masukkan Duit Lagi Dalam Akaun Saya” – Akmal Saleh Dakwa Terima Hampir RM45K Hasil Sumbangan Orang Ramai

by Oh! Semput


2
SHARES
30
VIEWS
Posted on 22 Oct 2026 03:00:54

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh, memohon orang ramai supaya berhenti menyalurkan wang ke akaun bank peribadinya selepas menerima sumbangan berjumlah hampir RM45,102.18.

Menurut Akmal, kebanyakan wang yang diterima bukanlah bayaran daripada individu yang berminat membeli motosikal Honda X-ADV atau ikan tilapia ternakannya, sebaliknya merupakan sumbangan orang ramai yang mahu membantunya.

Advertisement

Akmal Saleh Minta Sumbangan Dana Dihentikan

Menerusi satu kenyataan, Akmal meluahkan rasa terharu dan menghargai keprihatinan orang ramai yang tampil menghulurkan bantuan kepadanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan mahu berusaha terlebih dahulu menggunakan aset miliknya sendiri bagi menyelesaikan tanggungjawab yang sedang dihadapi.

“Saya sejujurnya tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak untuk membantu saya kerana saya akan bertanggungjawab sepenuhnya. Insya-Allah, saya akan tanggung sepenuhnya,” katanya.

Hanya Perlu Doa Semua

Akmal turut mengakui berasa serba salah apabila menerima wang daripada orang ramai, lebih-lebih lagi kerana beliau tidak berhasrat meminta sumbangan bagi menyelesaikan masalahnya.

Sehubungan itu, beliau merayu supaya tiada lagi wang dimasukkan ke dalam akaun banknya.

“Saya mohon untuk jangan masukkan lagi duit ke akaun saya agar saya tidak rasa bersalah dengan semua. Tidak mengapa, saya tanggung. Saya hanya perlukan doa daripada anda semua sahaja,” ujarnya.

Tarik Balik Nombor Akaun Bank

Susulan jumlah wang yang diterima, Akmal memaklumkan bahawa beliau terpaksa menarik semula nombor akaun bank yang dipaparkan dalam hantaran terdahulu.

Langkah tersebut diambil bagi mengelakkan orang ramai terus memasukkan wang sebagai sumbangan kepadanya.

Dalam masa sama, beliau menjelaskan bahawa individu yang benar-benar berminat membeli motosikal Honda X-ADV miliknya masih boleh menghubunginya secara terus untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sebelum Ini Umum Mahu Jual Motosikal Dan Ikan Tilapia

Terdahulu, Akmal mengumumkan hasrat untuk menjual motosikal Honda X-ADV serta ikan tilapia ternakannya bagi mengumpul wang berjumlah RM300,000.

Akmal Saleh Buka Bidaan Motosikal Honda X-ADV Dan Kolam Ikan Talapia, Nak Bayar Saman RM300K Teresa Kok

Jumlah tersebut perlu dijelaskan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Melaka yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM250,000 dan kos RM50,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dalam kes saman fitnah.

Akmal sebelum ini menjelaskan bahawa simpanan peribadinya masih belum mencukupi untuk menampung jumlah berkenaan.

Walaupun berat hati untuk melepaskan aset kesayangannya, beliau memilih untuk berusaha sendiri daripada membebankan orang lain.

Hargai Keprihatinan Orang Ramai

Dalam kenyataan sama, Akmal sekali lagi merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menunjukkan keprihatinan dan memberikan sokongan kepadanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa doa orang ramai sudah memadai dan mahu memikul sendiri tanggungjawab untuk menyelesaikan bayaran berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

k
2026-10-21 14:13:02

Akmal Saleh Buka Bidaan Motosikal Honda X-ADV Dan Kolam Ikan Talapia, Nak Bayar Saman RM300K Teresa Kok

“Saya Rasa Bersalah, Jangan Masukkan Duit Lagi Dalam Akaun Saya” – Akmal Saleh Dakwa Terima Hampir RM45K Hasil Sumbangan Orang Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts