Betulkan al-Fatihah? Mari belajar di LRT Masjid Jamek

by Oh! Semput


11
SHARES
147
VIEWS
Posted on 31 May 2017 06:01:26

 Klinik khas memantapkan bacaan al-Fatihah dibuka secara percuma di LRT Masjid Jamek sepanjang Ramadan. — Foto oleh Yusof Mat IsaKlinik khas memantapkan bacaan al-Fatihah dibuka secara percuma di LRT Masjid Jamek sepanjang Ramadan. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 31 Mei — Orang ramai yang mahu memantapkan bacaan al-Fatihah di bulan Ramadan boleh mengunjungi stesen transit aliran ringan (LRT) Masjid Jamek di sini.

Ketua Pegawai Operasi LRT Laluan Kelana Jaya berkata satu klinik khas dibuka percuma bermula jam 2 petang hingga 6 petang pada hari berkerja dan jam 10 pagi hingga 6 petang pada hujung minggu serta cuti umum, lapor portal BH Online.

Ismail Abdullah berkata tenaga pengajar akan ditempatkan di stesen laluan Kelana Jaya paling sibuk, bagi mendengar, mengulas dan memantapkan bacaan.

Selain itu kaunter bayaran zakat juga dibuka di stesen LRT Taman Melati, Gombak dan Bandar Tasik Selatan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts