by Oh! Semput
Bluetooth bakal menerima peningkatan dari segi kelajuan pemindahan data menerusi teknologi Bluetooth High Data Throughput (HDT) yang telah diterima pakai secara rasmi oleh Bluetooth Special Interest Group (SIG) sebagai ciri pilihan dalam spesifikasi Bluetooth Core 7.0.
Menerusi teknologi ini, kadar bit maksimum Bluetooth Low Energy (LE) meningkat kepada 7.5 Mbps, iaitu hampir empat kali ganda berbanding kadar 2Mbps pada Bluetooth LE 2M PHY sebelum ini.
Bluetooth HDT membawa empat peningkatan utama:
Bluetooth HDT turut menyediakan keupayaan untuk menyokong pengalaman audio wayarles berkualiti lebih tinggi, termasuk lossless audio, audio resolusi tinggi, spatial audio dan bunyi sekeliling berbilang saluran.
Sebagai tambahan, Bluetooth HDT boleh digunakan pada peranti realiti lanjutan (XR), pengkomputeran spatial dan peranti berasaskan AI yang memerlukan pertukaran data lebih pantas. Teknologi ini juga boleh menyokong sistem automasi dan pemantauan dalam sektor komersial serta perindustrian.
Bagi peranti harian, peningkatan ini membolehkan jam tangan pintar, peranti kesihatan dan kecergasan serta produk rumah pintar memindahkan data dengan lebih pantas.
Sebagai contoh, jam tangan pintar boleh menyelaraskan data latihan yang dikumpulkan selama beberapa jam ke telefon dalam masa beberapa saat, manakala kemas kini perisian pada produk rumah pintar boleh diselesaikan dengan lebih pantas.
Bluetooth HDT dijangka mula digunakan untuk menyokong audio wayarles premium yang distandardkan pada 2027.
Untuk makluman, Bluetooth HDT merupakan ciri pilihan dalam spesifikasi Bluetooth Core 7.0. Oleh itu, sokongannya bergantung pada pelaksanaan oleh pengeluar peranti masing-masing.
{suggest}
Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda WISER.MY.