UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras

by Oh! Semput


3
SHARES
37
VIEWS
Posted on 04 Nov 2026 11:00:11

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) mencipta sejarah dalam bidang perubatan apabila menjadi institusi pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang menggunakan implan suara boleh laras untuk merawat pesakit yang mengalami kelumpuhan sebelah lipatan vokal (unilateral vocal fold paralysis).

Teknologi rawatan yang dipanggil sebagai APreVent Vocal Implant System (VOIS), dilakukan melalui prosedur tiroplasti, di mana implan dimasukkan untuk menolak lipatan vokal yang lumpuh ke arah tengah.

Ini membolehkan kedua-dua lipatan vokal bertemu dengan lebih baik dan menghasilkan suara yang lebih jelas serta kuat.

Kelumpuhan lipatan vokal berlaku apabila salah satu daripada dua lipatan vokal tidak dapat bergerak dengan normal untuk menghasilkan suara.

Keadaan ini menyebabkan suara menjadi lemah, serak, berbisik dan mudah penat ketika bercakap.

Masalah tersebut boleh menjejaskan kehidupan harian serta kerjaya individu yang bergantung kepada suara seperti guru, pensyarah, doktor dan pengucap awam.

Menurut Pakar Perunding Otorinolaringologi (Laringologi), Profesor Dato’ Dr Marina Mat Baki, kajian mendapati punca utama kelumpuhan lipatan vokal dalam kalangan pesakit yang dirawat adalah berkaitan dengan pembedahan kelenjar tiroid.

UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras

Keunikan VOIS terletak pada kebolehannya untuk dilaraskan selepas pembedahan.

Doktor boleh menambah atau mengurangkan cecair saline dalam implan mengikut perubahan keadaan pesakit tanpa perlu menjalani pembedahan penggantian implan.

Menurut Dr Marina yang juga merupakan Dekan Fakulti Perubatan UKM, ciri ini memberi fleksibiliti tinggi kerana keadaan tisu dan otot vokal boleh berubah selepas rawatan.

Setakat ini, pasukan pakar UKM telah melaksanakan 18 prosedur menggunakan VOIS tanpa komplikasi besar.

Daripada jumlah tersebut, lapan pesakit memerlukan pelarasan semula saline dan menunjukkan peningkatan penutupan lipatan vokal yang lebih baik.

Kejayaan ini membuktikan potensi teknologi baharu tersebut dalam meningkatkan kualiti rawatan dan kehidupan pesakit yang mengalami masalah suara.

{suggest}

UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts