by Oh! Semput
Anak sulung pelakon Norman Hakim, Mohamed Danish Hakim, 23, mengakui banyak mendapatkan panduan daripada bapanya sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam rumah tangga.
Menurut Danish, Norman tidak pernah lokek berkongsi nasihat dan tunjuk ajar sehingga hampir setiap hari dia menerima pesanan daripada bapanya.
“Saya banyak minta nasihat sudah tentu daripada bapa saya sendiri. Memang banyak nasihat yang diberikan, boleh katakan hampir setiap hari dia akan bagi.”
“Kehidupan saya memang dipenuhi dengan nasihat-nasihat dan tunjuk ajar daripada bapa saya la,”
Danish berkata demikian ketika ditemui pada majlis pembukaan stor baharu jenama aksesori lelaki CERUTTI 1881 di Putrajaya, pada Selasa.
Dalam pada itu, Danish memaklumkan persiapan perkahwinannya kini sudah melebihi 80 peratus dan bersyukur kerana mendapat sokongan penuh daripada keluarga.
“Persiapan majlis perkahwinan saya boleh katakan dah 80 peratus atau lebih daripada itu. Alhamdulillah dengan sokongan orang sekeliling terutama ahli keluarga.”
Bagaimanapun, Danish menegaskan dia tetap mengambil bahagian dalam membuat persiapan dan tidak menyerahkan sepenuhnya urusan tersebut kepada keluarga.
“Tak bolehlah kalau 100 peratus persiapan diserahkan pada ahli keluarga saya. Saya seorang lelaki dan saya yang nak kahwin.
“Jadi, saya kena ambil bahagian juga dalam membuat persiapan. Cuma nak kata sokongan daripada ahli keluarga itu, alhamdulillah memang besar.”
Danish difahamkan bakal bernikah dengan pasangannya, Shalinda, di Singapura pada Disember depan sebelum mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur.
Terdahulu, Norman menerusi Instagram berkongsi persiapan majlis perkahwinan Danish yang bakal berlangsung secara sederhana dengan kehadiran ahli keluarga serta rakan terdekat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Nikah Disember, Danish Minta Tunjuk Ajar Norman Hakim Untuk Jadi Suami Mithali – “Banyak Nasihat Dari Dia” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.