CHINA - Viral video seorang kanak-kanak lelaki dilanggar sebuah kereta sambil diperhatikan oleh seorang wanita berhampiran tanpa berbuat apa-apa.
Dalam video tersebut, mangsa terdahulu dilihat sedang mencangkung di jalan raya sebelum dilanggar oleh pemandu yang tidak menyedari kehadirannya di situ.
Semasa kejadian itu berlaku, seorang wanita yang sedang mendukung anaknya berhampiran dengan mangsa hanya melihat kanak-kanak itu dilanggar dan terperosok bawah kereta tanpa mengambil sebarang usaha untuk menghentikan kereta itu dari terus bergerak.
Malah selepas kereta itu berlalu, wanita terbabit masih kaku mahupun memeriksa keadaan mangsa, sebelum dua wanita yang lain datang menyelamatkan mangsa dan salah seorangnya menghalang pemandu kereta itu dari terus pergi.
Terkejut dengan kejadian yang menimpa mangsa, pemandu berkenaan terus membawa mangsa ke hospital berhampiran.
Pemeriksaan doktor mendapati, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.
Sementara itu, ibu mangsa mengkritik tindakan wanita itu yang hanya berdiri kaku tanpa membantu anaknya. Katanya, jika wanita terbabit bertindak pantas, kemalangan yang melibatkan anaknya itu dapat dielakkan.
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuda Kepang, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, awal pagi Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam
Tindakan seorang lelaki tempatan berbangsa Cina menegur seorang individu yang dipercayai warga China kerana didakwa makan daging khinzir serta membawa anjing di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Simpang Pulai arah selatan menerima pujian ramai di media sosial
Polis menahan 10 remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pelajar dipukul secara berkumpulan ketika dalam perjalanan ke Masjid Merotai Besar untuk menunaikan solat Jumaat, dalam kejadian yang tular di media sosial baru-baru ini.
Qualcomm sedia mengumumkan acara tahunan mereka, Snapdragon Summit yang akan berlangsung pada 22 September kelak. Kebiasaannya, pada acara Snapdragon Summit, pihak Qualcomm akan mengambil peluang mengumumkan sejumlah perkara, termasuk memperkenalkan cip m
Semalam Nothing Phone (1) menerima kemas kini tampalan sekuritinya yang terakhir. Ia melengkapkan kitaran sokongan 3 kemas kini Android dan 4 tahun tampalan sekuriti yang dijanjikan Nothing semasa Phone (1) dilancarkan pada tahun 2022.Penamatan so
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melancarkan kempen Cashback Mai Langkawi Bayaq Satu, Free Satu! sebagai usaha memperkukuh pelancongan domestik serta menarik lebih ramai rakyat Malaysia menjadikan Langkawi sebagai destinasi percutian pilihan.Pelanca
WhatsApp kini membolehkan pengguna menempah nama pengguna (username) lebih awal sebelum fungsi ini dilancarkan sepenuhnya hujung tahun. Langkah ini bertujuan melindungi nama penting seperti selebriti, kerajaan, dan akaun rasmi daripada disalah guna. Pengg
Hampir 200,000 pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip di seluruh negara diluluskan tambahan 100 liter sebulan di bawah program BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel), menjadikan jumlah kelayakan mereka meningkat kepada 300 liter sebulan bermula Julai 2026
Seorang wanita tempatan ditahan polis selepas dipercayai membiarkan dua anak perempuannya mengeluarkan kepala melalui bukaan bumbung (sunroof) sebuah kenderaan yang sedang bergerak di Lebuhraya Grand Saga, berhampiran Kampung Batu 10, Cheras, dalam kejadi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat parti politik yang berpakat untuk menjatuhkannya susulan ketegasan Kerajaan MADANI dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa.Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berpendapat, pendirian kerajaa