Borang Daftar Permohonan Rumah Selangorku 2017 Online

by Oh! Semput


10
SHARES
136
VIEWS
Posted on 15 Aug 2017 15:02:10

Borang daftar permohonan skim Rumah Selangorku 2017 secara online. Khusus untuk warga selangor yang sudah berkahwin tapi masih belum memiliki rumah pertama, anda boleh dapatkan rumah idaman anda pada harga serendah RM40,000 sahaja dibawah skim Rumah Selangorku. Berikut adalah syarat kelayakan dan borang permohonan Rumah Selangorku. Permohonan kini dibuka dan tertakhluk kepada kedudukan kewangan pemohon.

Borang Daftar Permohonan Rumah Selangorku 2017 Online

Sila layari Borang Online Rumah Selangorku

Borang Permohonan Rumah Selangorku 2017 (Manual)

1. Borang Permohonan Pendaftaran Rumah SelangorKu Jenis A

Bagi memenuhi permintaan kumpulan sasar, hanya Pendaftran Permohonan Rumah SelangorKu Jenis A sahaja masih dibenarkan untuk dihantar secara manual dengan memuat turun borang tersebut. Borang tersebut hendaklah dihantar SENDIRI oleh pemohon di Pejabat Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (Kaunter Bahagian Perumahan, Podium Selatan) yang beralamat seperti berikut:

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
Bahagian Perumahan,
Tingkat 5, Podium Selatan,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Selangorku

Punca Gagal Kelayakan Menerima Skim Rumah Selangorku

1. Alamat semasa bukan di Selangor

2. Tidak mempunyai dokumen sokongan sedang bekerja di Selangor

3. Alamat dan tempat kerja di negeri lain tapi mohon juga (walaupun pasangan mungkin tinggal di Selangor) Jadi siapa tinggal di Selangor lah kena Apply.

4. Dah mohon WAJIB di duduki. TIDAK BOLEH DI SEWA KAN SEMULA DALAM TEMPOH TERTENTU.

5. Paling penting kelayakkan LOAN BANK kena lepas.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts