‘Bristle’ Di Label Bungkusan Berus Gigi Merujuk Kepada Bulu Babi?

by Oh! Semput


32
SHARES
422
VIEWS
Posted on 07 Nov 2018 05:02:01

PENJELASAN:

Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) memperjelaskan dengan lebih lanjut mengenai perkataan bristle yang terdapat pada label bungkusan berus gigi atau berus-berus lain merujuk kepada bulu babi.

Versi Terkini. Tular : November 2018

alt
gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular : Julai 2018

alt
gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Mac 2017

alt
gambar: Facebook

Pihak JAKIM menjelaskan perkataan ‘bristle’ bukanlah semata-mata merujuk kepada bulu babi. Ianya merupakan perkataan dalam bahasa Inggeris yang bermaksud bulu pendek/bulu tegak.

Perlu diketahui berus gigi kebiasaannya diperbuat daripada nylon atau mana-mana bulu yang lembut.

Walau bagaimanapun, pengguna dinasihatkan agar sentiasa peka dan berhati-hati ketika melakukan belian dengan memerhati label bungkusan. Hal ini kerana, penggunaan nama-nama berikut merujuk kepada bulu babi iaitu ‘Boar’s Bristles’ or ‘Pig Bristles’.

SUMBER: 

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM (i)

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM (ii)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts