“Dahla Handsome, Kerja Bagus” – Dilabel Pelakon ‘Full Package’, Ramai Terkejut Lihat Kerjaya Sebenar Redza Minhat

by Oh! Semput


5
SHARES
61
VIEWS
Posted on 08 Jun 2026 10:02:46

Nama pelakon Redza Minhat kembali menjadi perhatian ramai selepas netizen dikejutkan dengan kerjayanya di luar dunia seni yang dianggap cukup mengagumkan.

Menerusi beberapa perkongsian di Threads, ramai meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui pelakon yang pernah mencuri perhatian menerusi filem KIL dan Pisau Cukur itu kini memegang jawatan penting di Bank Negara Malaysia.

Advertisement

“Aku terkejut bila dapat tahu lelaki ni kerja dekat mana sekarang,” tulis seorang pengguna media sosial.

Malah, seorang pengguna lain turut berkongsi tangkap layar profil LinkedIn Redza yang memaparkan jawatannya sebagai Timbalan Pengarah atau Deputy Director di Bank Negara Malaysia.

Perkongsian tersebut pantas mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya kagum dengan pencapaian pelakon berusia 40 tahun itu.

“Redza Minhat ni dahsyat juga orangnya. Antara pelakon yang sangat cerdik. Jawatan dia sekarang pun bukan calang-calang. Patutlah dah lama tak nampak dia berlakon,” komen seorang pengguna.

Ada juga netizen yang mengaitkan pencapaian Redza dengan latar belakang akademiknya sebagai bekas pelajar Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

Redza Minhat

“Redza Minhat alumni MCKK dan Bront Palarae alumni Sultan Abdul Hamid College. Dua-dua ‘makan’ netizen yang kata anak seni anak bodoh,” tulis seorang lagi pengguna.

Selain memuji kebijaksanaan dan kerjayanya, ramai turut mengimbau semula lakonan Redza yang pernah meninggalkan kesan dalam beberapa naskhah tempatan.

“Love his work so much. Guna dua-dua otak. Seni pun ya, kira-kira pun ya. Dulu pernah jumpa masa conference CFA Yayasan Peneraju. Suka sangat cara dia cakap. Dahlah handsome, kerja bagus pula tu,” komen beberapa pengguna.

Terdahulu, Redza pernah aktif dalam dunia lakonan menerusi beberapa drama dan filem tempatan sebelum dilihat semakin memperlahankan penglibatannya dalam industri hiburan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fify azmi
2026-06-08 13:30:19

Dipaksa 'Bersama' Niezam Zaidi, Sarah Yasmine Anggap Fify Azmi Seorang Yang Licik - "Kau Ni Mental"

“Dahla Handsome, Kerja Bagus” – Dilabel Pelakon ‘Full Package’, Ramai Terkejut Lihat Kerjaya Sebenar Redza Minhat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts