by Oh! Semput
Personaliti media sosial, Sarah Yasmine mendakwa pelakon Fify Azmi pernah memaksanya untuk menjalinkan hubungan dengan aktor Niezam Zaidi walaupun dia sudah berkali-kali menegaskan mereka hanya sekadar kawan.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Sarah mengakui dia menyesal kerana terlalu melibatkan diri dalam masalah hubungan pasangan tersebut sehingga sanggup membenci dan melayan Niezam dengan buruk demi menjaga hati Fify.


“Awak paksa saya bersama dengan Niezam walaupun saya dah BERKALI-KALI jelaskan yang saya dan dia cuma kawan sekarang.”
“Kalau ada pun, masa korang berdua tak bersama tahun lalu, sekarang awak buat macam saya yang rosakkan ‘hubungan’ awak dengan dia.Keluarkan saya dari semua ni. Saya tak patut balas awak, saya betul sebab buat baik dengan awak, salah saya sebab masih nak buat awak tenang dengan mendengar cerita awak.”
“Malah saya sekat dia (Niezam) merata-rata untuk buat awak rasa lebih baik. Saya tak sepatutnya benci atau layan dia teruk sebab awak,” katanya.
Dalam perkongsian sama, Sarah turut memuat naik beberapa paparan skrin perbualan dipercayai melibatkan dirinya dan Fify.
Sarah turut mendakwa Fify bertindak licik dan mengheret dirinya ke dalam konflik hubungan mereka sedangkan Niezam didakwa masih mahu kembali bersama pelakon wanita itu.
“Kau memang licik sebab buat macam ni pada aku atau Niezam. Dia memang nak kau balik sebab dia sangka kau la orang yang dia boleh percayai seumur hidupnya, dan inilah yang kau buat padanya.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Dipaksa ‘Bersama’ Niezam Zaidi, Sarah Yasmine Anggap Fify Azmi Seorang Yang Licik – “Kau Ni Mental” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.