“Emak Tak Buang Fatin, Emak Maafkan Fatin” – Ibu Isteri Prince Syed Sebak Kes Pukul Ditarik Balik

by Oh! Semput


5
SHARES
61
VIEWS
Posted on 15 Jun 2026 10:02:44

“Emak tak buang Fatin, emak maafkan Fatin… Fatin anak emak dunia akhirat, adik-beradik pun tak buang Fatin.”

Demikian luahan Aminah Haniffa, 56, ibu kepada Fatin Syazwani Ishak, isteri kepada pempengaruh  Prince Syed, selepas prosiding di Mahkamah Majistret Klang hari ini.

Dalam prosiding berkenaan, Mahkamah memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Aminah, suaminya Ishak Saif, 60, serta anak mereka Muhammad Ikhwan Alif Ishak, 23, daripada pertuduhan mencederakan Prince Syed.

Hari : Harian Metro  

Menurut Aminah, dia sempat bertemu Fatin sebelum prosiding bermula dan mengakui tidak mampu menahan sebak kerana sudah tujuh bulan tidak berjumpa anaknya itu.

“Sejak November, mak cik tak berjumpa Fatin… suara dia pun mak cik tak dengar, tak ada telefon.

“Tadi mak cik sempat jumpa dan dia (Fatin) nampak sedih tapi tak boleh buat apa. Tak tahan sebak tadi sebab dia anak dan mak cik yang mengandung dan melahirkannya,” katanya.

Aminah turut menegaskan bahawa dia tidak pernah berdendam terhadap anak mahupun menantunya, malah hanya berharap dapat kembali bertemu cucu-cucunya.

prince syed

“Ada ke seorang emak tak boleh memaafkan anak dan menantu? Ada tak?

“Anak tak memaafkan emak itu ada… mak cik nak jumpa anak dan cucu.. selagi tak jumpa, hati ini tak tenteram sebab cucu pun rapat dengan kami.

Sementara itu, Ishak berkata dia juga sudah lama memaafkan segala yang berlaku dan bersedia untuk berjumpa dengan anak serta menantunya.

Namun, dia mengakui masih terkilan kerana sehingga kini belum berpeluang bertemu secara bersemuka dengan Fatin dan dua cucunya.

“Terima kasih tarik balik kes… itu saja,” katanya ringkas.

Terdahulu, Aminah, Ishak dan Muhammad Ikhwan Alif mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan Prince Syed pada November tahun lalu. – Harian Metro

Advertisement

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

noor kartini
2026-06-08 16:13:19

"Berniaga Bukan Semata Nak Kaya" - Ibu Neelofa Jual Nasi Ayam RM26 Sebekas, Netizen Persoal Harga Terlalu Mahal?

“Emak Tak Buang Fatin, Emak Maafkan Fatin” – Ibu Isteri Prince Syed Sebak Kes Pukul Ditarik Balik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts