Buang ganja RM1.8 juta dalam laut

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 04 Jun 2017 16:03:29

Pengarah APMM Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar (dua, kiri) menunjukkan ketulan ganja mampat yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat APMM Wilayah Utara, 4 Jun 2017. — Foto Bernama Pengarah APMM Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar (dua, kiri) menunjukkan ketulan ganja mampat yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat APMM Wilayah Utara, 4 Jun 2017. — Foto Bernama LANGKAWI, 4 Jun — Sebanyak 629 ketul ganja mampat bernilai hampir RM1.8 juta ditemui terapung di perairan Pulau Cupu, Langkawi, 9.20 pagi semalam.

Dipercayai tiga anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang membuang ketulan dadah itu selepas terserempak dengan sekumpulan pemancing, lapor Harian Metro.

Ketua pengarah Maritim Wilayah Utara berkata Anggota Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjumpai semula ketulan yang dibalut kemas dengan plastik hitam, kira-kira 6.5 batu nautika di barat daya pulau itu.

“Berdasarkan maklumat awam itu, sepasukan anggota APMM menaiki bot Petir 81 dihantar ke lokasi untuk menyiasat dan menemui bungkusan mengandungi ketulan mampat daun kering yang disyaki ganja,” kata Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar.

Katanya rampasan tersebut dianggap terbesar sejak dua tahun lalu, dan dipercayai cuba diseludup dari negara jiran.

Polis sedang menyiasat motif dadah itu dicampak ke laut dan tiada tangkapan dilakukan. 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts